Sektor Awam, Swasta Perlu Buka Peluang Pekerjaan Kepada Pesara Tentera – PVATTBM

KANGAR, 6 Dis 2019 — Sektor awam dan swasta perlu membuka peluang pekerjaan serta mengambil anggota tentera yang telah bersara daripada perkhidmatan untuk bekerja, dalam usaha merealisasi kandungan Kertas Putih Pertahanan (KPP) untuk mewujudkan karier kedua kepada golongan itu.

Menyokong penuh langkah kerajaan itu, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berkata peluang pekerjaan kepada pesara tentera juga adalah wajar terutama dalam membantu mereka menyara keluarga.

“Pihak PVATTBM berharap sektor awam dan swasta memberi reaksi positif atas kandungan dalam KPP tersebut dengan mengambil bekerja para anggota tentera daripada kalangan lain-lain pangkat yang menamatkan perkhidmatan sekitar usia 45 tahun,” kata Presiden PVATTBM Ismail Abidin kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong kepada pemberita di lobi parlimen Isnin lepas, selepas KPP dibentangkan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata PVATTBM juga menyokong arahan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya polis segera menyiasat perhimpunan 300 individu dikatakan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang, Selangor baru-baru ini.

“Pihak PVATTBM merasakan program yang dianjurkan itu keterlaluan, lebih-lebih lagi di dalamnya dipaparkan gambar ada individu berpakaian seragam anggota PKM yang terkenal dengan keganasan zaman darurat dahulu,” katanya.

Ismail berharap polis segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat terutama penganjur program tersebut kerana ia benar-benar mengguris hati para anggota tentera dan keluarga mereka.

— BERNAMA

12 thoughts on “Sektor Awam, Swasta Perlu Buka Peluang Pekerjaan Kepada Pesara Tentera – PVATTBM

  1. I am really impressed with your writing skills as smartly as with the format to your weblog.
    Is that this a paid subject or did you modify it yourself?
    Anyway stay up the nice high quality writing, it’s uncommon to peer a great blog like this one nowadays..

  2. формула физического маятника период
    сенен магия приключения закончены ли отношения гадание онлайн, появится ли он
    снова в моей жизни гадание
    венера сатурн кету в 12 доме славянские обереги
    схемы и их значение

  3. лучший футболист 21 века, лучший футболист мира всех времен стихотворение про
    наурыз на казахском, наурыз
    туралы стихи гранд парк национальная одежда,
    гранд парк магазины женской одежды
    намаздағы әйел отырысы, әйел адам намазды дауыстап оқиды ма

  4. ақтөбе қаласының әкімі, ақтөбе облысы әкімдігі 1944 жылы ресей құрамына қосылған
    ел, 1958 жылы францияның президенті болып сайланды талабы жоқ жас ұлан, мақалды
    оқып жатқа жаз талабы жоқ жас ұлың аптека от склада, аптека от склада поиск
    лекарств

  5. үлгілі бала эссе, бала тәрбиесі эссе внутренний анализ коррупционных рисков, внутренний анализ коррупционных рисков
    образец база тау актобе, база отдыха
    актобе фемида караганда специальности, колледж фемида шымкент специальности

  6. прогноз погоды кокшетау на месяц, погода кокшетау казгидромет ведение бухгалтерского учета
    в государственных учреждениях рк, закон о бухгалтерском учете
    рк адилет обзор рынка it, it проекты
    казахстан алмагель от вздутия отзывы, гепавитале капсулы для чего

  7. переводчик документов удаленно вакансии авито москва подработка уборщицей требуется подработка для женщин подработка в омске с ежедневной оплатой для женщин уборщица

  8. мінсіз қоғам қандай болу керек эссе,
    азаматтық қоғам институттары кесте нан дастархан байлығы тех карта, нан болса ән
    де болады балабақша актобе сатылатын уйлер, крыша актобе дома 12 мкр адрестік шина, деректер шинасы

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *