Lebih Banyak Firma Teknologi UK Akan Melabur Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 April 2019 — Lima firma teknologi United Kingdom (UK) akan melabur di Malaysia sekali gus memperkukuh komitmen jangka panjang UK dalam menjadikan negara ini sebagai rakan penting dari segi perdagangan dan pelaburan.

Firma tersebut ialah Ideagen Plc, auditXPRT Inc, BAE System Plc, Mitra Innovation dan SAGE Group Plc.

Ia diumumkan oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa UK serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan KKMM selepas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Charles Hay, di pejabatnya di Wisma TV, Angkasapuri di sini.

Keputusan syarikat UK berkenaan untuk melabur di negara ini membuktikan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan platform lonjakan ke pasaran ASEAN yang lebih luas.

Gobind berkata memandangkan Malaysia terus menerima guna teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), robotik dan keselamatan siber, pelaburan tambahan oleh syarikat UK itu menunjukkan keyakinan mereka bahawa Malaysia sedang bergerak maju ke arah hala tuju yang betul.

“Kerjasama dalam bidang teknologi amat penting, bukan hanya untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia malah menggalakkan inovasi dan produktiviti.

“Saya juga berharap pelaburan ini akan membuka prospek perniagaan bagi kedua-dua negara di samping memastikan kita dapat memaksimumkan manfaat teknologi untuk masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa komitmen baharu itu akan mewujudkan lebih banyak peluang sama menang dan menghasilkan sinergi yang membawa kepada peningkatan perdagangan serta perniagaan berkaitan teknologi.

Menurut kenyataan yang sama, Hay berkata pelaburan jangka panjang seumpama itu adalah bukti kualiti kumpulan bakat di Malaysia.

“Kerjasama dalam bidang teknologi, sektor AI dan keselamatan siber penting dalam perkongsian era moden antara UK dan Malaysia,” katanya.

Pengumuman terkini ini adalah susulan lawatan tiga hari Gobind ke UK pada Februari lepas, apabila beliau mengetuai delegasi terdiri wakil kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan Agensi Keselamatan Siber Negara.

Ideagen, merupakan firma teknologi global yang berpangkalan di Nottinghamshire, akan membuka pusat kecemerlangan di sini sebagai sebahagian strategi globalnya, selain mewujudkan sehingga 70 pekerjaan melibatkan teknologi di sini.

AuditXPRT yang berpangkalan di London pula akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab Asia Tenggara selain merancang untuk menggajikan sehingga 17 pekerja di Malaysia bagi menyokong penyelesaian AI terkemuka dunia yang bertujuan mentransformasikan pematuhan pengawalseliaan dan audit.

“Pada masa ini, ia melaksanakan projek rintis dengan bank tempatan utama untuk mengautomatikkan proses Kenali-Pelanggan-Anda menggunakan penyelesaian AI. Syarikat itu turut merancang mewujudkan program perintisan di Kuala Lumpur bertujuan mengambil dan melatih individu dalam pembelajaran mesin dan AI,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Mitra Innovation akan bekerjasama dengan rakan kongsi Malaysia untuk meningkatkan ekosistem negara ini dengan membantu memodenkan keupayaan teknologi organisasi menerusi inovasi dan menambah baik keselamatan siber. Ia akan mengambil lebih 20 pekerja tempatan dan menjadikan Malaysia sebagai hab pertumbuhan antarabangsa di ASEAN.

BAE Systems akan terus mengembangkan dan memajukan pusat kejuruteraan globalnya selain menjangkakan mencapai 500 pekerja dalam tempoh terdekat, iaitu 80 peratus daripadanya akan diisi oleh pekerja tempatan.

Syarikat teknologi terbesar Britain, SAGE, yang beroperasi di Malaysia selama lebih 20 tahun, merancang untuk mencapai pertumbuhan dan meneruskan pelaburan di Malaysia. Ia menawarkan penyelesaian perakaunan, pembayaran gaji dan pengurusan syarikat kepada perusahaan kecil dan sederhana.

Jabatan Perdagangan Antarabangsa UK dan KKMM juga mengumumkan Heriot-Watt University, sebuah universiti Scotland, dengan kampus hijau moden di Putrajaya, melancarkan program biasiswa ‘Data Futures’ baharu untuk tiga tahun dengan kerjasama MDEC.

Biasiswa itu akan mendorong peningkatan jumlah pengambilan pelajar bagi memenuhi permintaan yang semakin banyak terhadap profesional data di negara ini.

Universiti itu komited bagi menyediakan RM2.5 juta dalam bentuk pengecualian yuran untuk pelajar program berkenaan selama tiga tahun akademik akan datang.

Sebagai tambahan, MDEC dan Jabatan Perdagangan Antarabangsa UK di Malaysia sedang membincangkan mengenai langkah perkongsian amalan terbaik berkaitan AI antara kedua-dua negara.

— BERNAMA

63 thoughts on “Lebih Banyak Firma Teknologi UK Akan Melabur Di Malaysia

  1. When I originally left a comment I seem to have clicked
    the -Notify me when new comments are added- checkbox and now each time a comment is added I receive four emails with the same comment.
    There has to be an easy method you can remove me from that service?

    Thank you!

  2. Hello there, just became alert to your blog through Google, and found that it is really informative.
    I am gonna watch out for brussels. I will appreciate if you continue this in future.
    Numerous people will be benefited from your writing. Cheers!

  3. Fill youhr space with an invigorating blend of crisp bergamot, citrus-y lemongrass, and seet laurel
    leaves that’ll have yyour guest thinking you happen to be
    kiiiiind of a rich ealthy bitch~.

    Alsso visit my web page; 스웨디시

  4. The New York State Gaming Commiswsion oversees all gambling in thee state
    – sports betting, casinos, lottery, and horse racing, as nicely as daily fantasy
    sports.

    Also visit my website: check here

  5. Hi! Do you know if they make any plugins to safeguard against hackers?
    I’m kinda paranoid about losing everything I’ve worked hard on. Any suggestions?

  6. Have you ever thought about publishing an ebook or guest authoring on other websites?

    I have a blog based upon on the same subjects you discuss and would
    love to have you share some stories/information. I know
    my readers would appreciate your work. If you’re even remotely interested, feel free to send me an email.

  7. должностные инструкции делопроизводителя рк,
    делопроизводитель в школе зарплата
    4 сөйлем әдісі деген не, үш қ
    әдісі аустралия жер бедері, аустралия жер бедері
    биіктігі басым аймақ эссе құрылымына қарай неге
    ұқсайды?, дискуссивті эссе уикипедия

  8. шаригат бойынша бала алдыру, бала тусиретин дари канша турады электр
    туралы мақал мател, аспазшы туралы мақал
    рухани жаңғыру бағдарламасы қашан қабылданды, рухани жаңғыру 6 бағыт жануар ағзасын клондау әдістері, өсімдіктерді клондау әдістері

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *