KUALA LUMPUR, 2 Mei 2019 — ‘Berilmu dan Berintegriti Pemacu Pembangunan Negara’ tema yang dipilih bagi sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata tema itu dipilih bagi menggambarkan betapa pentingnya ilmu dan integriti dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.
“Berilmu dan berintegriti pemacu pembangunan negara berbeza dengan tema Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang disambut semalam iaitu ‘Pekerja Amanah Aspirasi Negara’. Kami melihat pekerja ini mesti mempunyai ilmu secukupnya. Ilmu bekerja, ilmu menguruskan keluarga, ilmu menguruskan kehidupan sebagai sumber kepandaian mereka dan berintegriti.
“Ilmu dan integriti merupakan komponen yang sangat penting untuk kita melihat ke hadapan, bagaimana negara kita ini dibina. Ke mana haluan negara kita,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di sini malam tadi.
Mengenai kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan yang sering diperkatakan, beliau berkata sebagai kakitangan awam, mereka bekerja dengan kerajaan semasa dan bukan dengan parti politik.
Azih berkata dalam situasi negara kita yang mengamalkan prinsip demokrasi, mungkin pilihan itu berlaku tetapi kesetiaan itu tidak boleh diragui kerana memang tanggungjawab penjawat awam untuk melaksanakan amanah.
Bagi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili pekerja sektor swasta, perjuangan utama masih lagi bagi mencapai matlamat Satu Pekerja Satu Rumah serta tangga gaji yang setimpal untuk pekerja yang baru masuk ke pasaran kerja.
Presidennya Datuk Abdul Halim Mansor berkata kreativiti dan inovasi yang ditunjukkan oleh pekerja seharusnya dihargai majikan.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu rang undang-undang yang menetapkan bahawa kenaikan gaji mesti diberi setiap tahun.
Mengenai perubahan pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan, penganalisis ekonomi Prof Madya Dr Madeline Berma berkata walaupun pada awalnya banyak penjawat awam keliru kerana perubahan yang berlaku, tetapi lama kelamaan perubahan itu akhirnya diterima.
Madeline berkata walaupun ada pihak meragui kesetiaan penjawat awam, beliau percaya mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan pentadbiran jika diberi peluang.
Mengulas perbezaan tema antara sambutan peringkat kebangsaan dengan tema Cuepacs, Madeline berkata kedua-dua tema itu mempunyai roh yang sama, iaitu pekerja berintegriti dan amanah.
“Orang yang amanah ini termasuk juga yang berintegriti adalah seseorang yang melakukan sesuatu perkara tanpa perlu ada pengawasan. Yang menjadi masalah ialah apabila kita hanya membuat kerja apabila ada ketua yang melihat.
“Konsep amanah ini ialah kita sendiri yang akan menentukan batasan atau meletakkan penanda aras. Istilah orang yang berintegriti ialah orang yang tidak risau tentang KPI atau tidak risau akan ada sesiapa yang melihat tanggungjawab itu, tetapi takut kepada dirinya sendiri, masyarakat atau Tuhan. Inilah ukuran yang sangat tinggi,” katanya.
— BERNAMA
Hello to every one, the contents existing at this website
are genuinely awesome for people knowledge, well,
keep up the good work fellows.
passive income ideas for stay-at-home moms who are nurses
therapist consulting for passive income therapist side income
doctor earning opportunities
Dark web pharmacy for diabetes medications with fast delivery,
where to find? Buy insulin without a prescription and live dangerously
top diabetes meds online pharmacy Sick and tired of leaving the house for diabetes meds?
Try ordering them online, bro!
Greetings! Very helpful advice within this post!
It’s the little changes that produce the largest changes.
Thanks for sharing!
I loved as much as you will receive carried out right here.
The sketch is tasteful, your authored material stylish.
nonetheless, you command get bought an shakiness over that you wish be delivering the following.
unwell unquestionably come further formerly again since exactly the same nearly very often inside case you
shield this increase.
are petroleum based or oil based, as these may increase the risk of vaginal infection, tend to have an unpleasant odor, and can damage latex condoms does priligy work However, they are likely to have fewer pharmacies, hospitals, and businesses in which prepositioning could occur
can i buy generic cytotec without prescription Pericardiectomy for pericarditis in the pediatric population