Protege Sasar 15,000 Mahasiswa Diberi Latihan Keusahawanan, Kebolehpasaran

KOTA KINABALU, 2 Mei 2019 — Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protege) menyasarkan untuk memberi latihan keusahawanan dan kebolehpasaran kepada sekurang-kurangnya 15,000 mahasiswa seluruh negara pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata program Protege berperanan dalam membimbing belia dengan kerjasama industri ke arah melahirkan ramai usahawan kompetitif selain bersedia ke pasaran global dengan kemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Program itu, katanya dilihat mampu menjadi platform dalam merealisasikan fokus kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan.

“Protege mampu memberi kesan tinggi dalam melahirkan usahawan yang boleh dibawa ke peringkat antarabangsa kerana program ini turut disokong oleh beberapa agensi lain termasuk MAGiC (Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia) selain programnya juga menyeluruh.

“Selain itu, kita (tidak mustahil) mampu mewujudkan sehingga 60,000 peluang pekerjaan menerusi mahasiswa dilatih menjadi usahawan di bawah program Protege ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada program kesedaran Protege di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin dan Ketua Sekretariat Protege Norashikin Ismail.

Program kesedaran Protege itu berjaya menjangkau seramai 17,000 mahasiswa seluruh negara sejak ia dilancarkan pada 28 Jan lepas, dan UMS adalah universiti terakhir bagi penganjurannya pada penggal ini sebelum ia disambung semula mulai September depan di enam lagi universiti.

Mohd Redzuan berkata kementeriannya komited untuk memastikan belia Malaysia tidak hanya bergantung kepada makan gaji, sebaliknya memilih bidang keusahawanan sebagai bidang kerjaya apabila menamatkan pengajian.

Belia juga perlu lebih proaktif selain menjadikan diri mereka sebagai pencipta pekerjaan dan bukan pencari pekerjaan bagi memastikan mereka mampu menjana pendapatan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran, katanya.

— BERNAMA

One thought on “Protege Sasar 15,000 Mahasiswa Diberi Latihan Keusahawanan, Kebolehpasaran

  1. Having surgery, known as a preventive mastectomy, to remove healthy breast tissue reddit priligy The total protein from the cells was purified using a Triton X 100 Lysis Buffer Boston BioProducts, Ashland, MA, USA, and the total protein from the xenograft tumors was purified using a Tissue PE LB Buffer GoldBio, St

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *