Rayu Tiada Lagi Lantikan Kontrak Untuk Penjawat Awam – Cuepacs

SHAH ALAM, 9 Sept: Penawaran jawatan membabitkan perkhidmatan awam disaran dibuat secara lantikan tetap sahaja bagi mengelak berlaku ketidakadilan terhadap kakitangan berkenaan di masa hadapan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs, Datuk Azih Muda, berkata sehubungan itu, amalan lantikan secara kontrak bagi penjawat awam sekarang diminta agar tidak lagi dilaksanakan.

Ini kerana, menurutnya kakitangan kerajaan yang diambil bekerja secara kontrak akan berdepan kesukaran seperti untuk membuat pinjaman kelak.

“Kami di pihak Cuepacs juga merayu agar tiada lagi lantikan kontrak kerana keadaan ini sangat menyukarkan kakitangan kerajaan, khususnya dalam membuat pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya.

“Bayangkan jika lantikan kontrak itu dibuat dalam tempoh dua atau tiga tahun, pihak kewangan atau bank mana yang sanggup untuk memberikan pinjaman dan keadaan itu pastinya membuatkan mereka terus berada dalam dilema,” katanya, memetik kenyataannya seperti yang disiarkan Sinar Harian di sini, hari ini.

 

Foto: BERNAMA

11 thoughts on “Rayu Tiada Lagi Lantikan Kontrak Untuk Penjawat Awam – Cuepacs

  1. Pingback: official statement
  2. Pingback: Dental Implants
  3. Pingback: click
  4. Pingback: nakara cheat
  5. Pingback: youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *