Teknologi Baharu Penting Kepada Sektor Kelapa Sawit – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 15 Julai 2019– Penggunaan kemajuan teknologi baharu dan inovasi lain berkaitan dengan Revolusi Perindustrian Keempat, yang menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, dilihat ketinggalan dalam sektor kelapa sawit.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dalam titah ucapan pada Centenary Conference of the Incorporated Society of Planters, menggesa penggiat industri mengatasi halangan ini untuk mencapai industri yang lebih mampan.

Baginda bertitah teknologi dan aplikasi baharu memberi banyak manfaat dari segi ekonomi dan alam sekitar — sama ada daripada kejayaan genetik; penemuan kaedah atau penggunaan pemprosesan baharu; atau pencapaian kecekapan yang lebih baik dalam proses pengeluaran dan pengedaran sedia ada.

“Teknologi baharu lain akan membuktikan transformasi, dan inovasi dalam sektor perlu digalakkan dan disokong sebanyak mungkin, untuk meneroka potensi gelombang terkini kemajuan teknologi sepenuhnya.

“Pendekatan inovasi juga perlu untuk menghadapi cabaran alam sekitar yang meningkat dan dijangka akan dihadapi,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah satu kajian mendapati jumlah usahawan yang membangunkan perniagaan tani berdasarkan teknologi terkini hanya satu per dua puluh daripada mereka dalam sektor penjagaan kesihatan, dan dengan hanya satu per sepuluh daripada pelaburan.

Dari segi potensi, baginda bertitah ia dapat dilihat dalam jurang yang besar antara purata hasil kira-kira 20 tan metrik satu hektar setahun, dan apa yang dianggap kemungkinan oleh penanam kelapa sawit, 35 atau 40 tan satu hektar.

“Lebih banyak perhatian perlu diberikan kepada persoalan bagaimana hasil yang lebih tinggi ini dapat dicapai dalam sektor ini.

“Pekebun kecil sekali lagi memerlukan perhatian dan sokongan yang khusus,” titah baginda.

Sultan Nazrin menjelaskan meningkatkan produktiviti turut memerlukan keseimbangan yang lebih cekap untuk dicapai antara buruh, penggunaan jentera dan kos relatif.

Ini perlu mengambil kira kekangan pengambilan pekerja yang berterusan dan menangani kerugian antara 10 dan 20 peratus daripada pengeluaran disebabkan kekurangan tenaga buruh setiap tahun, titah baginda.

— BERNAMA

19 thoughts on “Teknologi Baharu Penting Kepada Sektor Kelapa Sawit – Sultan Nazrin

  1. I am really inspired along with your writing abilities and also with the format to your blog.
    Is this a paid subject matter or did you modify it yourself?
    Either way stay up the nice quality writing, it is uncommon to peer
    a great blog like this one today..

  2. Hello! Someone in my Myspace group shared this website with us so I
    came to check it out. I’m definitely loving the information. I’m bookmarking and will be tweeting this to my followers!
    Terrific blog and terrific style and design.

  3. I just could not go away your web site prior to suggesting that
    I really enjoyed the usual information an individual supply for your
    guests? Is going to be again ceaselessly in order to check out new posts

  4. Hello! I know this is somewhat off-topic however I had to ask.
    Does managing a well-established blog such as yours take a large amount of work?

    I am completely new to operating a blog but I do write in my diary everyday.
    I’d like to start a blog so I can easily share my personal experience and thoughts online.
    Please let me know if you have any suggestions or tips for brand new aspiring blog owners.
    Thankyou!

  5. I believe people who wrote this needs true loving
    because it’s a blessing. So let me give back and show my hidden information on change
    your life and if you want to have a checkout I will share info about how to become a millionaire Don’t forget..
    I am always here for yall. Bless yall!

  6. Can I show my graceful appreciation and show back my secrets on really good stuff and
    if you want to really findout? Let me tell you a brief about how to make passive income I am always here for yall you know that right?

Leave a Reply

Your email address will not be published.