Alliance Steel Wujud Peluang Niaga Tempatan Bernilai RM530 juta

KUANTAN, 15 Jun 2019 — Pelabur terbesar Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB) di sini, berjaya mewujudkan peluang perniagaan tempatan bernilai RM530 juta dalam tempoh tiga tahun penubuhannya.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kewujudan ASSB di Gebeng di sini juga setakat ini terbukti membantu 2,700 anak tempatan mendapat peluang pekerjaan dengan tawaran gaji menarik.

“Impak pembangunan MCKIP dan pelaburan yang dibawa masuk telah menyaksikan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan, kemudahan utiliti, usaha peluasan pelabuhan dan rangkaian komunikasi yang memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pentauliahan projek pengeluaran 3.5 juta tan setahun keluli bersepadu milik ASSB, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Hadir sama, Zhou Xiaoxi iaitu Presiden Guangxi Beibu Gulf International Port Co Ltd yang merupakan antara syarikat terbabit membangunkan ASSB sebagai pelabur terbesar MCKIP dengan kapasiti kawasan seluas 287.3 hektar.

Wan Rosdy berkata beliau turut dimaklumkan bahawa ASSB adalah antara lima syarikat utama China yang beroperasi di Malaysia dari segi pelaburan yang berjumlah RM5.6 bilion.

“Saya dimaklumkan bahawa 16.15 peratus (daripada pelaburan) telah digunakan untuk teknologi hijau termasuk (kemudahan kendalian barangan) konveyor tubular sepanjang 12 kilometer dari Pelabuhan Kuantan,” katanya.

Selain itu, Wan Rosdy turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri komited bagi memudahcara pelabur menjalankan perniagaan di sini, termasuk menerusi sokongan kerajaan Persekutuan dan agensi terlibat.

Sementara itu, Zhou Xiaoxi dalam ucapannya berkata ASSB yang membabitkan jumlah pelaburan US$1.4 bilion (kira-kira RM5.84 bilion) merupakan usaha sama antara Guangxi Beibu Gulf International Port Company Limited dan Guangxi Shenglong Metallurgical Company Limited.

Syarikat itu turut mengamalkan prinsip ‘In Malaysia, For Malaysia’ (Di Malaysia, Untuk Malaysia) dan berpegang teguh kepada undang-undang negara ini selain menghormati budaya dan agama rakyat tempatan.

Menurutnya, projek ASSB yang mula beroperasi pada Mei tahun lalu turut menjadi contoh pembangunan besi keluli moden yang canggih serta mesra alam.

“Setakat ini, ASSB telah meraih pengiktirafan Sistem Pengurusan Kualiti ISO serta pengiktirafan produk daripada 10 negara lain termasuk Singapura, United Kingdom, Korea Selatan, Thailand, Jepun serta China dan dipasarkan di 20 buah negara,” katanya.

— BERNAMA

33 thoughts on “Alliance Steel Wujud Peluang Niaga Tempatan Bernilai RM530 juta

  1. |Tato stránka má rozhodně všechny informace, které jsem o tomto tématu chtěl a nevěděl jsem, koho se zeptat.|Dobrý den! Tohle je můj 1. komentář tady, takže jsem chtěl jen dát rychlý

  2. Along with almost everything that seems to be developing throughout this particular subject material, a significant percentage of points of view are actually somewhat exciting. However, I appologize, but I do not subscribe to your entire plan, all be it radical none the less. It looks to everyone that your remarks are generally not completely validated and in simple fact you are your self not even totally confident of your argument. In any case I did enjoy looking at it.

Leave a Reply to orgonite Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *