Wanita rugi RM13,900 Ditipu Sindiket

KEPALA BATAS, 28 Mac 2019 — Seorang kerani wanita yang hendak membuat pinjaman wang sebanyak RM15,000 daripada sebuah syarikat peminjam wang kerugian sebanyak RM13,900 apabila syarikat berkenaan rupa-rupanya sebuah sindiket penipuan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor hari ini berkata wanita berusia 42 tahun itu mendakwa telah terjebak dengan tawaran iklan pinjaman wang yang diterimanya menerusi satu kiriman WhatsApp daripada sindiket itu Ahad lepas.

“Seorang lelaki yang mendakwa sebagai ejen sebuah syarikat yang dihubungi mangsa menggunakan nombor telefon dalam iklan itu meminta wanita berkenaan membuat beberapa pembayaran terlebih dahulu untuk memproses pinjamannya berjumlah RM15,000,” katanya di sini.

Dengan niat untuk menggunakan wang yang bakal dipinjamnya itu untuk membantu anak saudara lelakinya, wanita itu bersetuju dengan permintaan lelaki berkenaan dan telah membuat 10 transaksi perbankan yang keseluruhannya berjumlah RM13,900 ke dalam satu akaun bank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Categories