Isu Gaji Permulaan Siswazah Diteliti Dengan Mendalam

PUTRAJAYA, 28 Mac 2019 — Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk melihat isu gaji permulaan siswazah yang dilaporkan menurun dengan lebih mendalam untuk diselesaikan segera, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maszlee berkata beliau mengambil maklum mengenai Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) 2018 yang dikeluarkan semalam serta laporan media mengenai “Gaji Siswazah Semakin Turun”.

Menurut laporan media yang memetik Laporan Tahunan BNM itu, gaji permulaan bulanan benar bagi kebanyakan siswazah baharu di negara ini menurun sejak 2010 selepas mengambil kira faktor inflasi.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Categories