Pusat Panggilan Judi Dalam Talian Diserbu, 92 Warga Asing Ditahan – Polis

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2019 — Polis menahan 90 warga China termasuk tujuh wanita, dan dua lelaki warga Myanmar dalam serbuan di sebuah pejabat, di Jalan Bukit Bintang di sini, yang dipercayai menjadi pusat panggilan kegiatan judi dalam talian, Isnin lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata mereka yang ditahan dalam serbuan pada kira-kira pukul 1.30 pagi itu berumur antara 17 dan 49 tahun, yang merupakan pekerja, pengurus dan penjaga pusat berkenaan, yang dipercayai turut menyimpan pelbagai maklumat pertaruhan judi.

Beliau berkata polis turut merampas pelbagai barang antaranya 212 set komputer, 20 komputer riba dan sebuah tablet yang dianggar bernilai RM430,000 dalam serbuan itu.

– BERNAMA

One thought on “Pusat Panggilan Judi Dalam Talian Diserbu, 92 Warga Asing Ditahan – Polis

Leave a Reply to sedExtite Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *