Kira-Kira 21,532 Orang Kehilangan Pekerjaan Di Seluruh Negara Dari 1 Januari Hingga 7 Disember 2018

50 peratus pekerja diberhentikan, dari Lembah Klang

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2018 : Kira-kira separuh daripada mereka yang kehilangan pekerjaan di Semenanjung tahun ini adalah pekerja di Lembah Klang, kata Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.

Beliau berkata, perubahan dalam industri dan kadar pasaran pekerjaan yang pesat adalah antara penyumbang utama kira-kira 5,902 atau 27.4 peratus pekerja di Selangor dan 4,767 atau 22.1 peratus pekerja di Kuala Lumpur kehilangan pekerjaan.

“Jumlah ini diikuti oleh Johor (2,536 atau 11.8 peratus) dan Pulau Pinang (1,328 atau 6.2 peratus) pekerja. Ada banyak faktor yang menyebabkan pemberhentian pekerja dan sesetengah daripadanya hanya disebabkan oleh kitaran kerja,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau juga memberitahu bahawa dari 1 Januari hingga 7 Disember tahun ini, kira-kira 21,532 orang kehilangan pekerjaan di seluruh negara.

“Sejumlah besar daripada 7,755 pekerja yang kehilangan kerja adalah mereka dari tiga kategori profesion teratas yang bergaji tinggi iaitu pengurus, profesional dan juruteknik dan profesional bersekutu yang memerlukan diploma dan ijazah untuk kelayakan diterima bekerja.

“Ketiga-tiga kategori ini terhad dan mereka juga perlu bersaing dengan graduan baharu,” katanya.

M Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia

Kulasegaran juga menjelaskan mengenai usaha yang dijalankan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam usaha untuk membantu mereka yang diberhentikan kerja kembali ke tenaga kerja.

“Sehingga 7 Disember, Bahagian Perkhidmatan Tenaga Kerja PERKESO telah berjaya membantu 6,292 orang kembali bekerja, dalam pelbagai pekerjaan dan industri,” kata beliau.

Sementara itu, untuk menyelesaikan isu pekerja asing yang melarikan diri, beliau berkata satu jawatankuasa teknikal akan meneliti cadangan pemotongan 20 peratus gaji pokok pekerja asing secara holistik.

“Jawatankuasa ini akan melaporkan kepada kementerian mengenai hasil penemuan mereka pada 29 Jan. Ia juga perlu mendapatkan kelulusan daripada Kabinet, kemudian Parlimen, ini adalah cabaran tetapi saya fikir ia akan berjalan dengan baik untuk pekerja asing,” katanya.

Semalam, Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan supaya majikan memotong 20 peratus daripada gaji pokok pekerja asing mereka bertujuan menghalang asing pekerja dari melarikan diri dan mengelakkan majikan daripada menanggung kerugian bagi pelaburan untuk membawa masuk pekerja.
– BH Online/ BERNAMA

18 thoughts on “Kira-Kira 21,532 Orang Kehilangan Pekerjaan Di Seluruh Negara Dari 1 Januari Hingga 7 Disember 2018

  1. әділет жауғашар гулнұрым скачать, тәттім
    ау менің таптым ау сені білім
    беру жүйесіндегі реформалар, қазақстандағы жоғары білім саласындағы реформалар dns корпуса, корпус каспи
    ременіме тиме текст, ұнайды маған
    скачать ремикс

  2. буллинг және кибербуллинг мақсаты, буллинг
    және кибербуллинг тәрбие сағаты
    виновник дтп штраф, суд после
    дтп сроки мақал мәтелдердің мағынасын топта талқылаңдар,
    1 мәтінді тыңда дәптеріңе кестені толтыр что такое рис булгур, виды булгура

  3. практика базасын машықкерге мінездеме,
    мінездеме студентке военкомат қыздық салу қанша,
    қыздық пердені қалай тексеруге
    болады абди каталог, абди актобе инстаграм мен және
    мені қоршаған орта тақырыбына эссе жаз, мен және қоршаған
    орта презентация

  4. снились большие машины гороскоп
    на неделю козерог любовный для одиноких гадание на любимого
    человека онлайн о чем он думает
    температура верхних слоев звезды сириус трактовка карт таро ленорман
    78

  5. жк арлан застройщик, жк арлан астана отбасын құру дұғасы, ерлі зайыптыларды татуластыратын дұғалар алматы
    дубай билеты эйр астана, астана – дубай расписание технодом семей каталог, технодом семей телевизоры

  6. аманат жашоо гулжигит сатыбеков скачать,
    гулжигит сатыбеков жаным судың құрамын анықтау, судың химиялық құрамы
    когда будет ораза в 2023 году, ораза 2023
    шымкент вопросы по русскому языку с
    ответами, сборник тестов по русскому языку с ответами

Leave a Reply to әйел түсінде жылан көрсе Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *