Tun M – Kesatuan Sekerja: Tingkatkan Pengetahuan Agar Terus Relevan Dalam Era Revolusi Industri 4.0

SHAH ALAM (Rabu 5 Disember 2018): Golongan pekerja harus memilih pemimpin kesatuan yang berwibawa dalam ertikata bukan hanya cenderung melancarkan mogok protes terhadap majikan.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kesatuan sekerja perlu menjalin hubungan baik di antara majikan dan pekerja, dengan mengamalkan sikap sederhana dan saling memahami dalam segala isu.

Perdana Menteri berkata demikian di Persidangan Kesatuan Pekerja-pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) Ke-21 di sini.

Tun Dr Mahathir berkata kesatuan sekerja perlu memainkan peranan agar pekerja tidak ketinggalan dalam menghadapi perubahan pesat budaya kerja dalam era teknologi, automasi dan robotik, atau kebolehan mereka menjadi tidak relevan lagi.

Katanya, walaupun keperluan tenaga kerja semakin berkurangan kesan peningkatan automasi, pekerja boleh mendapat pendapatan lebih jika mereka belajar untuk menguasai penggunaan peralatan dan teknologi.

Tun Dr Mahathir buat julung kalinya hadir dalam acara anjuran sebuah kesatuan sekerja tertua di negara ini. UPUS ditubuhkan pada tahun 1959 dan mempunyai 7,000 ahli di Semenanjung Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Categories