Taska: TPM Seru Agensi Kerajaan Mohon Dana Yang Disediakan

KUALA LUMPUR, 7 Feb 2020 — Agensi kerajaan Persekutuan yang memerlukan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), terutama yang mempunyai kakitangan bekerja secara syif, diseru supaya memohon dana yang diperuntuk kerajaan dalam Belanjawan 2020.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sehingga kini hanya 36 agensi yang memohon peruntukan berjumlah RM30 juta itu.

“Agensi-agensi yang memohon ini juga kita kena periksa, boleh atau tak… kita juga nak fikirkan kalau mereka dah ada, mereka nak naik taraf,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Taska Parlimen Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata peruntukan itu dijangka dapat menambah 150 Taska di tempat kerja sektor awam di seluruh negara, tahun ini, berbanding 64 buah dengan peruntukan sebanyak RM10 juta, tahun lepas.

“Semestinya penubuhan Taska di tempat kerja masing-masing akan dapat memudahkan urusan keluarga dan pekerja di setiap agensi,” katanya sambil menambah bahawa keutamaan permohonan diberikan kepada hospital dan sekolah, juga di agensi-agensi yang mempunyai kakitangan yang bekerja syif.

Menurutnya sehingga bulan lepas, sebanyak 241 Taska sudah beroperasi di tempat kerja bagi sektor awam di seluruh negara dan penyediaan kemudahan itu selari dengan iltizam Pakatan Harapan untuk memastikan ekonomi negara peduli wanita.

Jelasnya, statistik menunjukkan jumlah wanita yang berkahwin dan bekerja meningkat setiap tahun dengan jumlah terkini sehingga suku ketiga tahun lepas ialah 3.65 juta, meningkat daripada 3.54 juta tahun sebelumnya dan 3.41 juta pada tahun 2017.

“Peningkatan ini secara langsung meningkatkan keperluan untuk menghantar anak-anak ke Taska,” katanya.

Dalam hal ini, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan komited untuk menyediakan sistem sokongan dan kemudahan terutama kepada keluarga yang memerlukan anak-anak dihantar ke pusat jagaan ketika ibu bapa bekerja.

“Kami mahukan ibu bapa mendapat ketenangan apabila mengetahui anak-anak mereka dijaga dengan baik dan selamat. Perkara ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan prestasi mereka semasa bekerja kerana lebih banyak tumpuan dapat diberikan kepada tugas-tugas yang perlu diselesaikan,” katanya.

Selain sektor awam, Dr Wan Azizah turut menggesa sektor swasta supaya dapat menyediakan insentif dalam penyediaan penjagaan kanak-kanak bagi pekerja mereka.

Menurutnya, kerajaan juga kini dalam usaha menyelaras semula pelbagai pusat jagaan serta pendidikan awal kanak-kanak yang ketika ini di bawah pelbagai agensi, termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

“Penyelarasan semula ini dibuat untuk menambah baik tadbir urus dan memastikan kualiti penjagaan, pendidikan, tenaga pengajar, skop keselamatan serta aspek pemakanan kanak-kanak menepati piawaian ditetapkan,” katanya.

Mengenai Taska Parlimen Malaysia yang dibuka sejak 2 Jan lepas, Dr Wan Azizah berharap ia dapat memudahkan urusan ibu bapa terutama mereka yang bekerja syif, lebih masa, serta dapat menyediakan ruang asuhan kepada anak-anak ahli Parlimen dan pengamal media yang bertugas di Parlimen.

Setakat ini, terdapat seramai 13 tenaga pengajar dengan 50 kanak-kanak berdaftar di Taska berkenaan.

— BERNAMA

11 thoughts on “Taska: TPM Seru Agensi Kerajaan Mohon Dana Yang Disediakan

  1. Danny Ocean ve iş bitirici Rusty Ryan’ın başını çektiği , yankesici Linus Caldwell patlayıcı uzmanı Basher Tarr ve kasa hırsızı Frank Catton’tan oluşan- ekibinin, acımasız işadamı Terry Benedict’in ulaşılamaz Las Vegas kasasındaki her kuruşu çalarak, tarihin en cüretkâr ve kârlı soygununu gerçekleştirmesinden bu yana 3 yıl geçti. Ocean’ın ünlü ekibi 160 milyon dolarlık vurgunu paylaştıktan sonra, düzgün, gözlerden uzak ve yasalara uygun yaşamaya çalışır… ama, bunu sürdürmek oldukça zordur. Biri, Bir Numaralı Kural’ı ihlal ederek, onları Benedict’e gammazladığında, düzgün yaşamak bir seçenek olmaktan çıkar. Benedict 160 milyon dolarını, faiziyle birlikte geri istemektedir; yoksa kötü olacaktır. Ve, çetenin de çarçabuk keşfettiği gibi, Ocean’ın Onbiri’nin peşindeki tek güçlü kişi Benedict değildir. Rene Carper

  2. Jane Hammond, 8 kurşun yemiş olan ve ölümle pençeleşen kanun kaçağı kocası Bill’i kurtarmak amacıyla, 10 yıldan fazladır görüşmediği eski sevgilisi Dan Frost’tan yardım ister. Zira peşinde azılı bir mafya vardır ve yarım kalan işlerini bitirmek için Bill’in izini saklandığı çiftlik evine kadar sürerler. Dan, Jane’e yardım edecektir ama hiçbir şey karşılıksız değildir… Brooks Launey

  3. Condorito çevreyi kurtarmak adında girişimlerde bulunacak ve sürekli olarak mücadele halinde olacaktır. Aynı zamanda Condorito aşkını kurtarmak adına da bu tür bir mücadelenin içerisinde kendini bularak; olayların şekillenmesinde de etkili olacaktır. Kahraman Tavuk Uzayda izle Rodney Capels

  4. 1961 yılında Stanley Milgram (Peter Sarsgaard) insanların başka bir odada,bir sandalyede bir yabancıya (Jim Gaffigan) elektrik şoku vererek düşüncelerini kontrol edebileceğini düşündüğü bir psikoloji deneyi tasarlar. Sid Jurkovich

  5. Film izle, jetfilmizle internetin en hızlı ve güvenilir film, sinema izleme platformudur. Binlerce film seçeneğiyle her zevke uygun filmleri Full HD kalitesinde sunar. Kristofer Sharrow

  6. I?m satisfied, I should claim. Really rarely do I encounter a blog that?s both instructional and enjoyable, as well as let me tell you, you have actually hit the nail on the head. Your suggestion is impressive; the issue is something that not nearly enough people are speaking intelligently around. I am really delighted that I stumbled across this in my look for something relating to this. Antwan Alexandra

Leave a Reply to hdfilmcehennemi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *