Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang Pesat Pada 2020 – Guan Eng

KUALA LUMPUR, 11 Jan 2020 — Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih pesat pada 2020 berdasarkan kepada Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) Disember 2019 yang meningkat ke paras tertingginya dalam tempoh 15 bulan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Di samping itu, katanya, kerajaan juga akan memperbanyakkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan belia, graduan baharu dan wanita melalui program #MalaysiaKerja bernilai RM6.5 bilion dan pelaksanaan projek infrastruktur bernilai RM120 bilion.

Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata projek infrastruktur besar lain yang akan menyokong ekonomi Malaysia termasuklah pembangunan Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM140 bilion dan inisiatif e-Tunai Rakyat bernilai RM450 juta yang menyediakan wang belanja percuma sebanyak RM30.

PMI sektor pembuatan Malaysia yang meningkat 0.5 kepada 50.0 mata pada Disember 2019, merupakan paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan yang dicatatkan selepas peningkatan PMI pembuatan pada November sebanyak 0.2 kepada 49.5 mata daripada 49.3 mata pada Oktober 2019.

Menurutnya, peningkatan bacaan PMI itu menunjukkan bahawa ekonomi negara akan berkembang dengan lebih pantas dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“PMI bukan satu-satunya petunjuk yang menunjukkan ke arah pengembangan masa depan yang lebih mampan. Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini menerbitkan petunjuk pelopor ekonomi bagi bulan Oktober 2019 yang naik 1.4 peratus kepada 120.3 mata berbanding 118.6 mata pada bulan sebelumnya.

“Ini merupakan peningkatan ketara daripada perubahan -0.4 peratus dan 0.3 peratus masing-masing pada Ogos dan September,” katanya.

Lim berkata Trend Indeks Keyakinan Perniagaan oleh agensi penarafan tempatan, RAM, juga menyokong unjuran positif yang ditunjukkan oleh data PMI dan Jabatan Perangkaan.

Menurutnya, RAM menyatakan sentimen dalam kalangan syarikat Malaysia sedang beransur pulih apabila keyakinan korporat naik 3.2 mata kepada 56.4 untuk tempoh suku pertama ke suku kedua 2020 berbanding tempoh suku keempat 2019 ke suku pertama 2020.

Pada masa yang sama, keyakinan dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana meningkat 1 mata kepada 54.2, iaitu paras tertinggi sejak indeks tersebut mula diterbitkan pada 2017.

“Semua data ini selari dengan unjuran Kerajaan bagi pertumbuhan ekonomi negara pada 2020. Kerajaan mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berkembang secara mampan pada kadar 4.7 peratus pada 2019, sebelum memecut kepada 4.8 peratus tahun ini.

“Bagi tempoh tiga suku pertama 2019, KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus tahun ke tahun,” kata Lim.

— BERNAMA

51 thoughts on “Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang Pesat Pada 2020 – Guan Eng

  1. Pingback: mejaqq
  2. Pingback: kaspa asic miner
  3. Pingback: เกมไพ่
  4. Pingback: 웹툰 사이트
  5. Pingback: gazibo
  6. Pingback: steenslagfolie
  7. Pingback: url
  8. Pingback: radiesse
  9. Pingback: Silencer Shop
  10. қара фонда iphone тұсқағазы айы тарих сабағында мәтінмен жұмыс, тарих сабағында қолданылатын әдіс тәсілдер бала жынысын білу,
    бала жынысын аныктау ырымдар педагогикалық қарым-қатынас жіктемесін зерттегендер,
    педагогикалық қарым қатынас көрсетеді

  11. биоинформатика деген не, биометрия деген
    не алғыс айту күніне тақпақ, алғыс айту сөздері достарға
    автоковролин алматы, ковролин астана
    гемостаз деген не презентация, гемоглобин деген не

  12. к чему снится покупка кота
    во сне женщине зао торговый дом меркурий кармический хвост узник как
    проработать, 3-7-22 кармический
    хвост в отношениях
    чистить овощи во сне к чему снится женщине знаки гороскопа с датами по
    порядку по месяцам

  13. 1964 год какого животного по гороскопу
    по восточному календарю к чему чешется язык у девушек, к чему
    чешется язык справа мифы всех знаков зодиака
    если снится что выдергиваешь брови молитвы православные от злых людей о семье

  14. Pingback: altogel
  15. Pingback: tga168
  16. Pingback: cinema rule
  17. Pingback: cam2cam
  18. Pingback: weed in salzburg
  19. Pingback: pk789
  20. You’re so cool! I don’t suppose I’ve read through something like that
    before. So great to find another person with some original thoughts on this subject matter.
    Really.. thank you for starting this up. This website is one thing that is required on the internet, someone
    with some originality!

  21. Generally I do not learn article on blogs, however I would
    like to say that this write-up very compelled me to check
    out and do it! Your writing taste has been amazed me.

    Thank you, very great article.

    Look into my homepage; vpn

  22. I was curious if you ever considered changing the
    page layout of your site? Its very well written; I love what youve got to say.
    But maybe you could a little more in the way of content so people could
    connect with it better. Youve got an awful lot of
    text for only having 1 or two images. Maybe you could space it out better?

Leave a Reply to vpn special coupon code 2024 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *