Malaysia Kaji Sistem Pengambilan Pekerja Bangladesh Tanpa Libatkan Kos

PUTRAJAYA, 7 Jan 2020 — Malaysia sedang mengkaji perjanjian pengambilan pekerja asing dari Bangladesh tanpa melibatkan kos, yang merupakan salah satu usaha kerajaan menghentikan kegiatan buruh paksa, bagi mengelakkan sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat.

Menteri Sumber Manusia M.Kula Segaran berkata, perbincangan bersama kerajaan Bangladesh untuk terma baharu perjanjian itu, kini dalam peringkat terakhir dan akan serupa dengan perjanjian antara Malaysia dan Nepal tahun lepas mengenai pengambilan, penggajian dan penghantaran pulang, pekerja dari negara tersebut.

Katanya mengikut perjanjian tersebut, majikan antaranya akan menanggung caj perkhidmatan pengambilan, tiket penerbangan dua hala, caj visa, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan keselamatan dan caj levi.

Kula Segaran berkata, kerajaan Malaysia telah mengenakan sekatan ke atas pengambilan pekerja Bangladesh pada tahun 2018 dan perbincangan bilateral mengenai terma baru pengambilan pekerja tersebut sedang berjalan dengan baik.

Katanya, perbincangan untuk menarik balik sekatan itu antara Malaysia dan Bangladesh telah berjalan sejak sekian lama, dan pasukan petugas Malaysia dijangka akan melawat Bangladesh bulan ini, bagi menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Ada hanya beberapa perkara yang belum diselesaikan. Amat sedikit, daripada 10 hingga 12 perkara, (hanya) yang terakhir atau dua perkara yang perlu diselesaikan. Apabila ia diselesaikan, kita akan buka sektor ini. Kerajaan Malaysia bersedia untuk lakukannya (tarik balik sekatan),” katanya kepada pemberita selepas program bertemu pelanggan di sini hari ini.

Kula Segaran berkata demikian mengulas laporan berita semalam, yang menyatakan kerajaan Bangladesh tidak berniat menghantar rakyatnya bekerja di Malaysia, sehingga sistem pengambilan pekerja yang lebih telus, dengan kadar kos lebih rendah dapat dimuktamadkan.

Laporan memetik Menteri Kebajikan Pekerja Luar Negara, Imran Ahmad sebagai berkata, pekerja mereka diluar negara menghadapi masalah akibat kos yang tinggi dikenakan, untuk bekerja di Malaysia dengan ada dalam kalangan pekerja yang terpaksa membayar sehingga RM19,000 untuk bekerja di sini antara tahun 2016 dan 2018.

Kula Segaran berkata, perlu ada satu sistem di Bangladesh untuk menghentikan penghantaran pekerja yang tidak diperiksa, dan menambah ada kes di mana ramai pekerja asing telah dieksploitasi oleh agen, yang mengenakan bayaran tinggi.

Katanya, apabila Malaysia menandatangi perjanjian dengan Nepal, salah satu daripada syarat ialah apabila pekerja mereka datang ke Malaysia, ia tidak melibatkan sebarang pembayaran, di mana tiket penerbangan dan lain-lain perbelanjaan perlu ditanggung majikan, dan bukannya pekerja.

Kula Segaran menyatakan kegusarannya mengenai Malaysia yang berkemungkinan menghadapi sekatan daripada Amerika Syarikat, jika tidak ada sebarang penambahbaikan selepas negara itu meletakkan Malaysia dalam Senarai Pemerhatian Tier 2 dalam Laporan Perdagangan Manusia (TIP) untuk tahun kedua pada 2019.

“Sebab itulah kita cuba meminda undang-undang, kerana banyak undang-undang pekerja kita telah lapuk, kita mahu jadikan ia terkini,” katanya.

— BERNAMA

52 thoughts on “Malaysia Kaji Sistem Pengambilan Pekerja Bangladesh Tanpa Libatkan Kos

  1. Pingback: bonanza178
  2. Pingback: Scrunchies
  3. Pingback: watch porn free
  4. Pingback: ks quik 2000
  5. Pingback: betwinner
  6. Pingback: betwinner login
  7. Pingback: บัตร psn
  8. Pingback: jaxx download
  9. Pingback: Food Recipe Video
  10. Pingback: casino betflik
  11. Pingback: trovent
  12. Pingback: bgame777
  13. Pingback: lotto888
  14. Pingback: โคมไฟ
  15. Pingback: nzt989
  16. Pingback: ufabet789
  17. Pingback: ufa777
  18. Pingback: 1xslots argentina
  19. Just wish to say your article is as amazing.

    The clarity on your put up is just nice and i can suppose you are a professional on this subject.

    Fine together with your permission allow me to seize your feed to stay up
    to date with imminent post. Thank you a million and please continue the rewarding
    work.

    my web site: vpn

  20. This is really interesting, You are a very skilled blogger.
    I’ve joined your feed and look forward to seeking more of
    your excellent post. Also, I have shared your website in my
    social networks!

Leave a Reply to glucotrol kopen in België zonder voorschriftr Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *