Promosi TVET Di Sekolah Luar Bandar Dipergiat

IPOH, 3 Dis 2019 — Kementerian Sumber Manusia akan memperbanyakkan promosi mengenai Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui program-program jangkauan di sekolah rendah dan menengah seluruh negara terutama di kawasan luar bandar.

Menterinya M. Kula Segaran berkata usaha di bawah pelaksanaan Program Kemahiran Malaysia 2.0 (SkillsMalaysia 2.0) yang dilancarkan hari ini bertujuan menarik minat lebih ramai golongan muda melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.

Beliau berkata SkillsMalaysia 2.0 adalah aspirasi kementeriannya untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berintegriti melalui TVET.

“Pelancaran ini adalah wajar dengan mengambil kira perkembangan teknologi, khususnya Industri Revolusi 4.0 bagi era pasca 2020 yang mana kewujudan banyak pekerjaan baharu yang memerlukan kombinasi pengetahuan teknikal, analitis dan kemahiran berinteraksi,” katanya.

Kula Segaran berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pelancaran SkillsMalaysia 2.0 yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Kula Segaran berkata SkillsMalaysia 2.0 bukan bertujuan untuk mewujudkan persaingan antara agensi yang melaksanakan TVET, sebaliknya ia merupakan platform bagi mempertingkatkan kerjasama dengan semua pihak dalam memperkasakan bidang kemahiran di negara ini.

Selain itu, Kula Segaran turut melahirkan harapan agar sektor swasta dapat mengambil peranan lebih proaktif dalam melatih tenaga mahir yang diperlukan oleh industri melalui program-program TVET yang dijalankan secara ‘in-house’ kepada pekerja-pekerja sedia ada serta bakal pekerja di syarikat masing-masing.

“Pihak swasta juga disaran memberi sumbangan penajaan dan biasiswa kepada pelajar-pelajar dalam bidang TVET kerana ini mampu menarik minat lebih ramai pelajar sekolah untuk menyertai program TVET,” katanya.

Bagi memastikan golongan minoriti mendapat peluang dan akses TVET, Kula Segaran berkata kementerian sedang merangka program peningkatan kemahiran jangka pendek bagi Orang Asli melibatkan penduduk di 27 kampung sekitar Cameron Highlands dengan sasaran melatih 1,200 peserta dalam pelbagai bidang kemahiran bermula 2020.

Katanya usaha itu bertujuan meningkatkan kemahiran masyarakat Orang Asli agar mampu mengusahakan perkhidmatan dan perniagaan dalam bidang kemahiran bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Pada majlis itu, Kula Segaran turut mengumumkan pelantikan selebriti Yusry Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Yusry KRU selaku Ikon TVET Kementerian Sumber Manusia sebagai usaha untuk memperkukuhkan lagi promosi dalam bidang TVET.

“Kejayaan beliau selama tiga dekad dalam industri seni dan hiburan, penghasilan lagu, video muzik dan filem, harus dijadikan inspirasi dalam mempertingkatkan kemahiran,” katanya.

— BERNAMA

49 thoughts on “Promosi TVET Di Sekolah Luar Bandar Dipergiat

  1. Hmm it seems like your blog ate my first comment (it was extremely long) so I
    guess I’ll just sum it up what I submitted and say, I’m thoroughly enjoying your
    blog. I too am an aspiring blog writer but I’m still
    new to everything. Do you have any helpful hints for novice blog writers?
    I’d definitely appreciate it.

  2. Pingback: superkaya88
  3. Pingback: 태국밤문화
  4. Pingback: som777
  5. давление света на зеркальную
    поверхность, чем обладает фотон сон
    заводить машину, водить машину во сне женщине
    к чему снится что бывший сделал предложение другой знак созвездия рак черешня соната описание

  6. Pingback: Dan Helmer
  7. Pingback: steenslagfolie
  8. егіздердің апталық жұлдыз жорамалының әйелі 58.жалғасын
    тап ойыны, жалғасын тап ортақ тақырып ойластыр көпше түрде тәуелдеу, жекеше көпше зат есім мысалдар chill chill текст, chill chill скачать

  9. Pingback: remisolleke
  10. отзывы о гороскопах павла глобы к чему снится библиотека с книгами мужчине курсы по нумерологии имени
    сонник старый трамвай, сонник
    не успеть на трамвай совместимость в работе лев и
    овен совместимость

  11. Pingback: ufa191
  12. балкаймак рецепт, балкаймак перевод на русский киім дизайн туралы мәлімет,
    киім дизайнын кім жасайды
    онлайн отбасы банк, отбасы банк личный кабинет регистрация арман
    елюбаев, астык транс

  13. мужчина телец медлит, мужчина телец проверяет молчанием сон
    торжественное мероприятие, сонник сидеть за столом с мужчиной молитва чтобы муж вернулся домой
    после пьянки
    карты таро видео гадания новые приснился сон шайтан

  14. Pingback: marbo 9000
  15. расходы периода формула, расходы по реализации продукции и оказанию услуг қисса сүл әнбия автор, қисса сүл әнбия
    купить актау жумыс кундик, жумыс актау балабакша о ақтан
    жас ақтан жас 5 сынып бжб, ақтан жас өлеңінің
    тақырыптық идеялық мазмұны

  16. Pingback: healty eating
  17. Pingback: cinemakick
  18. Pingback: fox888

Leave a Reply to 2 3 жастағы балалардың психологиялық ерекшеліктері Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *