Petugas Sumber Manusia Akan Diberi Latihan Kemahiran

KUALA LUMPUR, 29 Nov 2019 — Golongan pekerja dalam bidang pengurusan sumber manusia akan diberi latihan ‘reskilling ‘dan ‘upskilling’, agar mereka bersedia dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia antara lain menerusi usaha Institut Pengurusan Sumber Manusia (MIHRM) dengan kerjasama Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), yang akan membantu meningkatkan kualiti serta piawaian yang diperlukan golongan pekerja, dalam bidang itu.

“Keadaan itu (IR 4.0) sudah tentu akan berlakunya pemupusan jenis-jenis pekerjaan yang ada pada hari ini dan digantikan dengan pekerjaan jenis baharu.

“Jadi sudah tentu bidang pengurusan sumber manusia ini, harus memahami perkembangan terkini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam Anugerah HR Malaysia-Antarabangsa kali ke-19, di sini, malam ini.

Anugerah anjuran MIHRM sejak tahun 1999 itu, merupakan acara kebangsaan yang berstatus antarabangsa dan pengiktirafan secara global selain mendapat sokongan padu oleh komuniti sumber manusia.

Mahfuz berkata bidang pengurusan sumber manusia adalah jabatan yang penting dalam sesebuah organisasi tidak kiralah sama ada sektor awam mahupun swasta.

Pada majlis itu, AXA Affin General Insurance Berhad menerima hadiah utama Anugerah HR Malaysia-Antarabangsa kali ke-19.

— BERNAMA

49 thoughts on “Petugas Sumber Manusia Akan Diberi Latihan Kemahiran

  1. Hmm it seems like your blog ate my first comment (it was super long) so I guess I’ll just sum it up what I had
    written and say, I’m thoroughly enjoying your blog.
    I as well am an aspiring blog writer but I’m still new to everything.
    Do you have any helpful hints for first-time blog writers?
    I’d really appreciate it.

  2. Pingback: undress app
  3. Pingback: ปลูกผม
  4. Pingback: VZ99
  5. Pingback: โคมไฟ
  6. Pingback: faw99
  7. Pingback: สอนสัก
  8. Pingback: fox888
  9. Pingback: Aviation Tire
  10. Pingback: pgslot168
  11. Pingback: Read now
  12. Pingback: Jonathan
  13. Pingback: ufa789
  14. Pingback: Mysbobet
  15. Pingback: mostbet
  16. Pingback: ricky casino
  17. Pingback: visit this page
  18. Pingback: 7slots

Leave a Reply to buspar sur ordonnance prix à Bruxelles Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *