Parlimen: 26,000 Belia Berjaya Dilatih Melalui MFLS

KUALA LUMPUR, 25 Nov 2019 — Pelaksanaan Malaysia Future Leaders School (MFLS) berjaya melatih 26,000 anak muda di 22 Kem Wawasan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ia antara perancangan untuk agenda pembangunan belia secara menyeluruh bagi melatih golongan muda berfikiran kritis dan bergaya kepimpinan.

“Pelaksanaan dana belia atau geran belia juga telah direformasikan di mana ia tertumpu kepada pelaksanaan program dan bukan sahaja kepada dana pentadbiran semata-mata.

“Kementerian juga memberikan insentif padanan kepada pertubuhan belia yang merangkumi lebih banyak wanita, membawa masuk lebih ramai kepimpinan belia di bawah 30 tahun dan pada masa yang sama mempunyai kepimpinan berbilang bangsa juga agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Yamani Hafez Musa (PH-Sipitang) yang ingin tahu perancangan untuk agenda pembangunan belia secara menyeluruh, termasuk penyediaan kemudahan sukan di luar bandar.

MFLS adalah program baharu menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) yang dirangka secara holistik dengan menggabungkan kegiatan dalaman dan luaran yang berimpak tinggi.

Tegasnya, kerajaan juga melipat gandakan usaha mencungkil kepimpinan anak muda melalui program Felo Perdana, Felo Korporat dan juga parlimen belia pada tahun akan datang dari kategori sekolah dan juga wanita untuk memastikan supaya suara mereka tidak akan disampingkan.

Selain itu, Program Riben Kuning dan peluang kedua akan diberikan kepada kumpulan belia berisiko di mana laluan khas akan diberikan untuk menyertai institusi TVET negara sama ada melibatkan program diploma dua tahun atau kursus jangka pendek bagi memastikan mereka mendapat pekerjaan.

— BERNAMA

50 thoughts on “Parlimen: 26,000 Belia Berjaya Dilatih Melalui MFLS

  1. Pingback: superkaya88
  2. Pingback: fn15 competition
  3. Pingback: midwest grow kits
  4. Pingback: rpt789
  5. Pingback: vpn online
  6. Pingback: car detaling
  7. Pingback: AMBKING
  8. Pingback: 68kub
  9. Pingback: APEX Legends hacks
  10. Pingback: Diyala Science1
  11. Pingback: H-Sod
  12. Pingback: Info
  13. Pingback: fox888
  14. Pingback: lottorich28
  15. Pingback: ufa789
  16. Pingback: deepseek
  17. Pingback: 1xbet
  18. Pingback: jav
  19. Pingback: siamese 31
  20. Pingback: situs toto
  21. Pingback: sextoy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *