Mohon Rumah Mampu Milik Untuk Penjawat Awam Bergaji Kurang RM3,000 – Cuepacs

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Kerajaan diminta supaya mempertimbangkan peluang pemilikan rumah mampu milik yang berharga serendah RM90,000 sebuah kepada penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda, berkata ini kerana, sebahagian besar kakitangan kerajaan tidak mampu membeli rumah berdasarkan baki gaji sedia ada.

Oleh itu, menurutnya peruntukan pada kadar antara RM90,000 hingga RM150,000 perlu diberi kepada golongan yang bergaji rendah ini sebagaimana keprihatinan ditunjukkan kerajaan dalam mewujudkan perumahan kepada rakyat.

Beliau berkata, pendekatan itu lebih baik berbanding cadangan sebuah syarikat pemaju supaya tempoh pembiayaan perumahan dipanjangkan kepada 42 tahun yang akan hanya menyebabkan pembeli terbeban dengan kadar faedah lebih tinggi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan atas keprihatinan mewujudkan perumahan kepada rakyat dan membantu kakitangan kerajaan memiliki rumah sendiri.

“Bagaimanapun, sebahagian besar penjawat awam tidak mampu membeli rumah disebabkan baki gaji yang ada tidak melayakkan mereka membuat sebarang pinjaman berkaitan perumahan,” katanya, memetik kenyataannya kepada media, di sini, semalam.

Pada sidang media sama, Azih turut merayu kerajaan agar mempertimbangkan insentif Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) memandangkan semakan sistem saraan bagi penjawat awam tidak dibuat sejak tahun 2002 sehingga kini.

“Dalam tempoh 15 tahun, kerajaan telah memberi dua kenaikan gaji yang dapat mengejar kenaikan harga pengguna. Oleh itu, kami berharap kerajaan dapat memberi satu insentif kepada seluruh penjawat awam kelak,” tambahnya.

19 thoughts on “Mohon Rumah Mampu Milik Untuk Penjawat Awam Bergaji Kurang RM3,000 – Cuepacs

  1. Hi fantastic blog! Does running a blog such as this require a lot of work?

    I have virtually no understanding of coding but I was hoping to
    start my own blog in the near future. Anyway, should you have any ideas or techniques for
    new blog owners please share. I know this is off topic however I simply wanted to ask.
    Kudos!

  2. массалары бірдей сутегі мен оттегінің, табиғатта оттектің қатысуымен қандай үдерістер жүреді алдыңғы толқын
    ағалар, абайдың 37 қара сөзі сабақ жоспары бу машинасы, бу және газ турбиналары билайн арена
    астана, настольный теннисный центр астана

  3. тас дәуірі қай ғасырды қамтиды,
    тас дәуірі тест онлайн музыкальная интуиция гости, музыкальная интуиция 8 выпуск жеті керемет эссе,
    жеті керемет туралы мәлімет ішекқуыстылар пайда болған дәуір, палеозой
    заманының кезеңдер саны

  4. к чему снятся совы много, к чему снится ласковая сова значение карт при гадании при сочетании с магия аптека в
    юзр
    знаки зодиака любовь козерог водолей к чему чешется левое
    запястье по дням недели, к чему чешется
    правое запястье у девушек

  5. I will immediately clutch your rss as I can’t find your
    e-mail subscription hyperlink or newsletter service.
    Do you’ve any? Please allow me recognise in order that I could subscribe.
    Thanks.

Leave a Reply to beste medicatie voor voedselallergiesymptomen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *