Kerajaan Akan Beri Tumpuan Pada Aspek Gaji Dan Peluang Pekerjaan – Lim

BUTTERWORTH, 15 Sept — Selaras dengan hasrat Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030, kerajaan akan memberikan penekanan terhadap merapatkan jurang pendapatan dengan melihat beberapa aspek antaranya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pemberian gaji munasabah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata terdapat dua aspek penting yang harus ditekankan iaitu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pemberian gaji yang munasabah dalam usaha menambah baik kuasa pembelian di kalangan rakyat.

“Dua aspek ini perlu kita lihat dalam usaha merapatkan jurang pendapatan. Kita harus mewujudkan lebih banyak perkerjaan dan gaji munasabah . Kita perlu lihat dua aspek ini aspek untuk meningkatkan kuasa pembelian dikalangan rakyat khususnya mereka yang dari golongan tidak berada.

“Dalam hal ini gaji yang lebih munasabah akan memberi kesan yang positif serta membawa impak yang baik dari segi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas Program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Bagan dan Gotong Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Program itu dirasmikan oleh Menteri kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Lim berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung perancangan kementerian kewangan dalam usaha untuik merapatkan jurang pendapatan selaras dengan hasrat yang dizahirkan oleh kerajaan persekutuan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri Mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030 di Perdana Putra semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lim berkata dalam usaha menggalakkan peluang pekerjaan, satu cadangan akan dibentangkan pada mesyuarat di Parlimen 11 Okt ini.

“Memang ini adalah sesuatu yang akan diutamakan, ia bukan sahaja dapat merapatkan jurang sosial ekonomi, ia juga boleh menambah pendapatan rakyat. Kesemua ini harus dikongsi dan dijana agar kemakmuran ini dirasai bersama sealiran dengan pertumbuhan pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada program itu Lim berkata program Kampungku Sihat yang menekankan prinsip “Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati” adalah sesuatu yang wajar puji.

” Saya berharap dalam jangkamasa panjang , program ini dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam bidang kesihatan. Apabila semakin ramai rakyat yang sedar dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi menghindari penyakit, maka semakin kuranglah kos yang ditanggung kerajaan untuk merawat mereka yang berpenyakit,” katanya.

Lim berkata selaku individu yang dipertanggungjawabkan mengurus kewangan kerajaan persekutuan, beliau mengakui bahawa tanggungan kerajaan dalam hal kesihatan sangat besar.

“Berdasarkan kepada Belanjawan 2019, Kementerian Kesihatan telah diperuntukkan RM28.7 bilion dan ini menjadikan antara yang terbesar dari segi peruntukkan tahunan. Peruntukkan tersebut telah meningkat kira-kira lapan peratus dari tahun sebelumnya,” katanya.

— BERNAMA

13 thoughts on “Kerajaan Akan Beri Tumpuan Pada Aspek Gaji Dan Peluang Pekerjaan – Lim

  1. Howdy just wanted to give you a quick heads up.
    The words in your post seem to be running off the screen in Ie.
    I’m not sure if this is a formatting issue or something to do with browser compatibility but I figured I’d
    post to let you know. The style and design look great though!
    Hope you get the problem resolved soon. Thanks

  2. панорама түсірудің қандай ережелері бар, 3д панорама
    жасау кезеңдері ең суық материк, ең кіші материк как перезагрузить
    стиральную машину daewoo, как отменить программу в стиральной машине ночь бараат – это, ночь
    бараат поздравления

  3. қазақстандағы ерлер мен әйелдер саны 2021 3 сынып
    орыс тілі тест, 3 орыс сыныптарына қазақ тілінен тапсырмалар ең үлкен екі таңбалы сан барабаны для детей обучение, курсы гитары для детей

  4. ауа қалай қозғалады 4 сынып жаратылыстану, заттар қандай болады 4 сынып баланың сарысы неден пайда болады, фотолампаға
    жатқызу тиреоген отзывы, тиреоген купить в
    караганде алға қазақстан
    текст скачать, жаса қазақстан текст

  5. к сему снится мыло молитва для здоровья мамы ислам гадание хорарный
    вопрос
    карта дня на завтра гадать таро, карта дня на сегодня любовь венера в рыбах у женщины джйотиш, венера в экзальтации джйотиш

Leave a Reply to chloroquine sans ordonnance en Belgiquer Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *