KOTA BAHRU, 15 Sept: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kecewa adanya pembabitan penjawat awam dalam sindiket penjualan dokumen diri MyKad kepada warga asing yang terbongkar, baru ini.
Tindakan itu, kata Presidennya, Datuk Azih Muda, bukan perkara biasa dan tidak boleh diterima.
Sambil mengecam perbuatan seumpama itu, beliau berkata ia adalah satu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan.
“Cuepacs kecewa dengan kes itu. Dalam pada kita bercakap soal integriti, keluhuran dan amanah, masih ada penjawat awam mementingkan diri sanggup menjual maruah dan negara,” katanya, memetik kenyataannya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan Tritahunan Perwakilan Cuepacs Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Polis, sebelum ini membongkar satu sindiket penjualan MyKad kepada warga China yang didalangi pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berikutan laporan Jabatan Imigresen selepas seorang pemegang MyKad sah didapati tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu ketika datang membuat permohonan pasport.
Ia membawa kepada penahanan enam individu, termasuk Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Ariffin, 34, yang kemudian didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad kepada warga asing.
Azih berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah jabatan penting yang memastikan negara dihuni warganegara secara sah mengikut undang-undang ditetapkan.
“Apa yang dilakukan tidak boleh diterima sama sekali dan seolah-olah menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap penjawat awam,” tambahnya.
It?¦s really a nice and helpful piece of info. I am satisfied that you simply shared this useful info with us. Please stay us informed like this. Thank you for sharing.
Dead written content, Really enjoyed reading.
Wow, wonderful weblog structure! How long have you ever been running a blog for?
you make running a blog look easy. The whole look of your
website is magnificent, as neatly as the content! You can see similar here ecommerce
Articular cartilage and subchondral bone in the pathogenesis of osteoarthritis priligy