Penjawat Awam Tiada Agenda Tersembunyi Kecuali Jalankan Amanah Kepada Negara – Cuepacs

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Pentadbiran kerajaan mungkin bertukar, namun penjawat awam tiada agenda tersembunyi dan hanya melaksanakan tugas yang diamanahkan, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata kenyataan yang dibuat taikun, Koon Yew Yin menerusi satu tulisan di blognya, baru-baru ini, termasuk menyarankan penjawat awam tidak penting dibuang adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Pengasas Gamuda Bhd itu juga, menurutnya jelas tidak sensitif sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang jelas telah melukakan hati keseluruhan hati penjawat awam, antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang anggotanya disifatkan hanya “makan dan tidur” dan disaran lebih baik bekerja di ladang seperti Felda.

Beliau berkata, sehubungan itu Koon yang sebelum ini menarik balik apa yang diperkatakan terhadap ATM, digesa berbuat sama terhadap penjawat awam selain meminta maaf kerana sememangnya dia tidak sepatutnya secelupar itu.

“Apa yang dikatakan beliau adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan menghiris hati keseluruhan penjawat awam, sedangkan kita bekerja, jalankan amanah kepada negara.
“Justeru, kita mahu dia bukan saja tarik balik kenyataan terhadap ATM, tetapi keseluruhan yang kandungannya antara lain menyarankan supaya penjawat awam tidak penting dibuang,” katanya, memetik kenyataannya pada satu sidang media di Wisma Cuepacs di sini, hari ini.

Koon, menerusi tulisan berjudul “Cadangan Saya Untuk Mengurangkan dan Meningkatkan Perkhidmatan Awam Kita” pada 12 Ogos lalu, menggesa kerajaan mengambil langkah bagi mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan terlalu besar, antaranya dengan menyemak semula senarai pekerja di jabatan kerajaan dan memecat mereka yang tidak diperlukan.

Beliau, di dalam tulisan sama, mendakwa nisbah penjawat awam di negara ini adalah terlalu besar berbanding negara seperti Singapura, Indonesia, Korea, China, Jepun, Rusia dan Britain yang mengakibatkan perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat setiap tahun.

13 thoughts on “Penjawat Awam Tiada Agenda Tersembunyi Kecuali Jalankan Amanah Kepada Negara – Cuepacs

  1. I’m really enjoying the design and layout of your website.
    It’s a very easy on the eyes which makes it much more enjoyable for me to come here and visit more often. Did you hire out a developer to create
    your theme? Great work!

    Also visit my site – vpn special

  2. Wow, marvelous weblog structure! How lengthy have you ever
    been blogging for? you make running a blog glance easy.
    The full glance of your web site is wonderful, let
    alone the content material!

    Feel free to visit my blog post – vpn

  3. Terrific work! This is the type of information that should
    be shared across the web. Shame on Google for now not positioning this put up higher!

    Come on over and talk over with my web site . Thank you =)

Leave a Reply to eharmony special coupon code 2024 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *