YBR sasar 71 Program Hero Komuniti Sepanjang Tahun

KUALA NERUS, 28 Julai 2019 — Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyasarkan sebanyak 71 program khidmat sukarelawan masyarakat oleh pelajar tajaannya yang dikenali sebagai Hero Komuniti akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Pengurus Besar YBR, Norashikin Shaharudin berkata, setakat ini, hampir 30 program telah dijalankan dan jumlah itu akan meningkat lebih banyak apabila pelajar bercuti semester selama dua bulan tidak lama lagi.

Beliau berkata pelajar berkenaan melakukan pelbagai program khidmat komuniti yang sesuai dengan kemahiran mereka terutama berkaitan pendidikan, kebersihan kawasan tumpuan awam, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dan spesis terancam seperti penyu, tuntung serta terumbu karang.

Tahun ini, YBR turut bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan MERCY Malaysia untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang peranan mereka untuk membantu komuniti terutama semasa dan selepas berlakunya bencana alam seperti banjir, katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada majlis meraikan 600 peserta Kursus Pembangunan Kemanusiaan sempena Program Pembangunan Pelajar Tajaan YBR di Universiti Malaysia Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Dr Rosli Azad Khan; Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Pasca Bencana (NADMA Malaysia) Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Zahari Razali dan Pengarah Pembangunan Program Strategik Mercy, Hafiz Amirrol.

Kursus persediaan asas itu disertai pelajar tajaan YBR terdiri daripada pelajar diploma dari universiti awam dan swasta, politeknik dan kolej swasta di seluruh negara.

Ia adalah program siri kedua bagi tahun ini selepas siri pertama yang diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur di Kemaman dengan melibatkan 250 pelajar Ijazah Sarjana Muda pada Februari lalu.

Norashikin berkata kursus itu turut memberi tumpuan dalam meningkatkan keyakinan, memperbaiki cara berkomunikasi dan kebolehan berbahasa, serta memperluaskan sempadan pemikiran dan pengetahuan pelajar dalam melahirkan pelajar yang holistik sebagai aset negara.

“YBR sangat berharap agar pelajar tajaan kami ini dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberi untuk meneruskan kerja-kerja kesukarelawanan dan bersedia menyertai misi kemanusiaan sekiranya diperlukan pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, YBR turut menyerahkan 400 unit khemah untuk mangsa banjir kepada NADMA agar diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Sejak ditubuhkan pada 2007 sehingga 1 Januari lalu, YBR telah menaja lebih 4,900 pelajar untuk meneruskan pengajian di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dengan nilai tajaan keseluruhan melebihi RM132.2 juta

— BERNAMA

49 thoughts on “YBR sasar 71 Program Hero Komuniti Sepanjang Tahun

  1. Pingback: super kaya 88 slot
  2. Pingback: เกมไพ่
  3. Pingback: this content
  4. Pingback: borsten
  5. Pingback: Taxi To Koh Chang
  6. Pingback: pgroyalbet
  7. Pingback: ufazeed
  8. Pingback: dultogel.
  9. Pingback: bcm ar15 rifles
  10. Pingback: 4bmc poeder
  11. Pingback: phim hoat hinh
  12. Pingback: lucabet
  13. Pingback: ufabet789
  14. Pingback: Massage
  15. Pingback: ยางยอย
  16. Pingback: Scienc1e
  17. Pingback: webcams
  18. Pingback: Kubet
  19. Pingback: lotto888
  20. Pingback: vox casino
  21. Pingback: zigma323
  22. Pingback: ยอย
  23. Pingback: Aviator Game
  24. Pingback: โคมไฟ
  25. Pingback: slot99
  26. Pingback: ufa569

Leave a Reply to Online-Kauf von glumida in Zürich Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *