Tong Silinder Nitrogen Meletup, Tiga Pekerja Parah Melecur

PORT DICKSON, 28 Julai 2019 — Tiga pekerja Depo Lori Linsun di Jalan Seremban-Lukut di sini melecur di bahagian tubuh, selepas tong silinder nitrogen yang sedang dibaiki menggunakan sistem hidraulik meletup secara tiba-tiba dalam kejadian malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian kira-kira pukul 10.22 malam itu menyebabkan dua pekerja lelaki dan seorang pekerja wanita berusia lingkungan 40 hingga 46 tahun melecur hampir seluruh badan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kerana salah seorang pekerja yang membaiki tong silinder nitrogen dengan menggunakan sistem hidraulik di mana secara tiba-tiba tong silinder berkenaan meletup.

“Akibat letupan itu mangsa masing-masing melecur 70 hingga 95 peratus iaitu S. Kalyani, 40, melecur 85 peratus, T. Murugan, 44, melecur 95 peratus manakala K. Thiruselvam, 46, melecur 70 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa dirawat di Hospital Port Dickson dan Hospital Tuanku Jaafar.

Aidi Sham berkata, berdasarkan siasatan mendapati tiada perlakuan jenayah ataupun khianat dan dalam kejadian ini, hanya bahagian dalam kawasan kilang sahaja terbakar dan dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba.

– BERNAMA

12 thoughts on “Tong Silinder Nitrogen Meletup, Tiga Pekerja Parah Melecur

  1. Pingback: meja 365
  2. Pingback: ba14uc
  3. Pingback: yehyeh
  4. Pingback: faceless niches
  5. Pingback: zigzag hash
  6. Pingback: empty 1ml carts

Leave a Reply

Your email address will not be published.