Tanah Runtuh Bukit Kukus: Kontraktor Pembinaan Berdepan Tiga Pertuduhan

GEORGE TOWN, 2 Julai 2019 — Kontraktor projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh yang mengorbankan sembilan pekerja asing Oktober lepas, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan gagal menyediakan prosedur kerja selamat.

Syarikat Yuta Maju Sdn Bhd yang diwakili pengarah projeknya, Lai Sin Kian, sebagai Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didakwa gagal menyediakan prosedur kerja selamat bagi aktiviti mengangkat menggunakan kren bergerak sehingga menyebabkan rasuk jatuh di kawasan yang dalam pembinaan pada jam 8.30 malam, 11 Okt 2018.

Mengikut pertuduhan kedua pula, syarikat itu yang merupakan pengarah projek jalan berkembar tersebut didakwa sebagai majikan telah gagal mengadakan pengiraan kejuruteraan oleh jurutera bertauliah bagi kerja-kerja ‘backfill’ atau menampung tanah untuk cerun sementara sehingga menyebabkan tanah runtuh pada jam 1.48 petang, 19 Okt lepas sehingga mengakibatkan sembilan orang maut.

Bagi pertuduhan terbabit, Yuta Maju didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Syarikat yang merupakan kontraktor dilantik Majlis Bandaraya Pulau Pinang bagi projek itu turut didakwa sebagai majikan, gagal melantik pegawai keselamatan dan kesihatan yang kompeten di tempat kerja. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 29 (2) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan kes bagi penyerahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang Norliza Abu Othman manakala syarikat tersebut diwakili peguam S. Kanesh.

Tanah runtuh yang berlaku di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus kendalian MBPP pada 19 Okt tahun lepas meragut nyawa sembilan pekerja asing dan mencederakan empat orang lagi, manakala seorang lagi hilang.

Projek jalan berkembar sebagai jalan penghubung antara Paya Terubong dan Relau dekat sini itu, dijangka siap menjelang Mei 2020.

— BERNAMA

35 thoughts on “Tanah Runtuh Bukit Kukus: Kontraktor Pembinaan Berdepan Tiga Pertuduhan

  1. Pingback: dmt vape pen
  2. My programmer is trying to persuade me to move to .net from PHP.
    I have always disliked the idea because of the costs.
    But he’s tryiong none the less. I’ve been using WordPress on a variety of websites for about
    a year and am nervous about switching to another platform.
    I have heard excellent things about blogengine.net. Is there a way I can transfer all my wordpress posts
    into it? Any kind of help would be really appreciated!

  3. Pingback: more
  4. Pingback: u31 com
  5. Pingback: Relaxation Massage
  6. Pingback: click here
  7. The other day, while I was at work, my cousin stole my iphone and
    tested to see if it can survive a forty foot drop, just so she can be a youtube
    sensation. My iPad is now destroyed and she has 83 views.
    I know this is completely off topic but I had to share it with someone!

  8. Pingback: bear archery
  9. прикусить щеку психосоматика, когда
    жую прикусываю щеку к чему снится волосы черного
    цвета длинные молитва оберег матери о сыне сильная
    видеть во сне похороны уже умершей
    матери гадание по сгорающей свече

  10. барлық сұрақтар бойынша ақсүйек қарасүйек терминдеріне анықтама,
    төлеңгіт ақсүйек вакансии тепловые сети алматы, кто
    отвечает за отопление в алматы батыр молл павлодар
    инстаграм, new yorker павлодар инстаграм

  11. қанға боялған котяттарды армандайды бір сызықтан қос аяқпен секіру, балабақшада дене
    шынықтыру сабағын тиімді ұйымдастыру lie nf 1 hour,
    put әл бируни астрономия қосқан үлесі, әбу райхан әл бируни еңбектері

  12. 20 марта памятные даты, 20 марта праздник женский расклад таро на мужчину схема для начинающих
    приснился балкон без пола
    приснились галоши новые сонник новое платье купить

  13. сильная молитва о сохранении семьи
    и вразумлении мужа молитвы мирян при божественной литургии приснилось что убила человека защищаясь к
    чему это
    молитва за здоровье супруги во сколько лет ты выйдешь замуж по знаку зодиака

  14. greyder обувь отзывы, грейдер обувь женская алматы баста алматы
    2022 купить билеты, баста алматы перенос франция басқару формасы, франция астанасы париж етс го что это,
    требования к оциб

  15. работа во фрилансе без опыта отзывы деньги
    в интернете заработать без вложений новичку через телефон быстро на карту подработка в ульяновске с ежедневной оплатой для мужчин засвияжье свежие вакансии красные баки работа на дому

Leave a Reply to қазақша әндер скачать бесплатно Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *