“Bila Ditegur, Jangan Melenting.” – Tun M Ingatkan Penjawat Awam Agar Lebih Efisyen

TUN Dr Mahathir Mohamad menyarankan penjawat awam supaya mengekalkan mutu perkhidmatan dan tidak melenting apabila ditegur, terutama apabila teguran itu didapati berasas.

Perdana Menteri, ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, baru-baru ini, berkata: “Bila kita ditegur, jangan melenting tetapi ambil kira sam aada ia berasas atau tidak.

“Jika ada asas, hendaklah betulkan.”

Sambil membangkitkan laporan akhbar akhir ini, antaranya membabitkan mutu perkhidmatan penjawat awam yang tidak seefisyen dulu, beliau antara lain meminta agar semua penjawat awam mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama.

“Dalam kehidupan ini, kita akan bercampur dengan pelbagai kawan dan kadang-kadang lawan. Ini bermakna, kita perlu ada hubungan baik dengan sesiapa saja dan perlu ada sikap toleransi yang boleh mententeramkan suasana sekeliling,” katanya.

Jika tidak, menurutnya, tanpa toleransi dan bertimbang rasa, tentu sukar untuk menjalankan tugas dan bekerjasama dalam sesuatu agensi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.