DBKL Benarkan Trak Makanan Beroperasi di Jalan Raja

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2019 — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju membenarkan peniaga trak makanan, menjalankan perniagaan di Jalan Raja di sini, bermula esok sehingga Selasa depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama wakil trak makanan tersebut hari ini, dan keputusan berkenaan dicapai dengan bayaran deposit dikenakan sebanyak RM3,000 bagi setiap peniaga.

“Tahun ini kita tumpu kepada bazar Ramadan, tetapi kerana mereka (peniaga trak makanan) pun nak berniaga, jadi kita benarkan dan kemungkinan besar betul apa kita sangkakan, Jalan Raja merupakan tempat strategik.

“Mereka harus mengikut syarat kebersihan seperti tidak membuang minyak masak dan sebagainya. Kalau didapati mereka buat sedemikian kita akan ambil tindakan, sebab kita nak menjaga kebersihan jalan raya dan orang ramai datang dalam keadaan aman dan bergembira,” katanya dalam sidang media bagi mengulas isu peniaga trak makanan yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di Jalan Raja.

Semalam, beberapa video tular menunjukkan peniaga trak makanan berkumpul di kawasan tersebut dan beberapa penguatkuasa DBKL mengawal keadaan trafik.

Sementara itu, Nor Hisham berkata kos operasi bazar Ramadan di Jalan Raja dianggarkan RM3 juta, dan pihaknya akan menambah baik pelaksanaan bazar di ibu negara pada tahun hadapan.

“Saya berpandangan kalau nak buat trak makanan cara baik adalah pada raya tahun depan, kali ini kita lebih kepada bazar Ramadan…tahun depan kita rancang lebih baik, selepas post mortem dilakukan dan kita bagi peluang kepada semua orang berniaga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan peniaga tempatan supaya tidak menjual atau menyewakan lesen mereka kepada warga asing.

“Mereka boleh dianggap sebagai pengkhianat negara, kita akan ambil tindakan dengan menarik balik lesen dan menyenarai hitam mereka daripada permohonan semula selepas ini.

“Kita pandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk ambil tindakan,” katanya, bahawa hanya gerai peniaga dalam kalangan warga tempatan yang terlibat dengan kebakaran di Jalan Masjid India di sini, dipindahkan ke Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) 3 dan 5.

Pada 21 Mei lepas, 30 gerai di Bazar Masjid India yang menjual pelbagai barang seperti pakaian, tudung, beg dan kasut terbakar pada 1.35 pagi.

— BERNAMA 

50 thoughts on “DBKL Benarkan Trak Makanan Beroperasi di Jalan Raja

  1. Pingback: asic miner
  2. Pingback: ยิง sms
  3. Pingback: trustbet
  4. Pingback: suicide bombing
  5. Pingback: anonymous
  6. Pingback: Darknet Links
  7. Pingback: mepay168
  8. Pingback: best cams
  9. Pingback: tga168
  10. Pingback: fortune ox
  11. Pingback: filler
  12. Pingback: zermatt weed
  13. Pingback: web
  14. Pingback: stapelstenen
  15. Pingback: lucky jet
  16. Pingback: Aviator
  17. Pingback: nicotine pouches
  18. Pingback: projekt-pedia.de
  19. Pingback: endolift
  20. Pingback: hiso23
  21. Pingback: namayti57
  22. Pingback: mk8
  23. Pingback: sa789
  24. อ่านแล้วเข้าใจเรื่องการเลือกดอกไม้แสดงความอาลัยได้ดีขึ้น
    การรู้ว่าดอกไม้แต่ละชนิดมีความหมายอย่างไร ช่วยให้เลือกได้ตรงความรู้สึกมากขึ้น

    ใครที่กำลังเตรียมตัวจัดงานศพให้คนสำคัญควรอ่านจริงๆ

    Also visit my site – ดอกไม้งานศพ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *