Pastikan Pekerja Cukup Rehat Elak Kemalangan Tempat Kerja

KUALA LUMPUR, 15 April 2019 — Majikan digesa untuk memastikan pekerja mereka mempunyai rehat yang mencukupi sebelum atau selepas bekerja bagi menghindarkan kemalangan di tempat kerja, kata Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ir Saiful Azhar Mohd Said.

Beliau berkata keadaan kelesuan boleh menyebabkan seseorang pekerja hilang tumpuan ketika menjalankan tugasan termasuk dari segi kemahiran fizikal dan mental, keupayaan refleks, kehilangan pertimbangan untuk membuat keputusan yang akan menjurus kepada kemalangan.

“Sebab itulah pentingnya waktu rehat supaya pekerja berasa segar semula malah ada negara yang memperkenalkan nap time (meridap) untuk pekerja mereka…pekerja juga tidak sepatutnya bekerja terus-menerus untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan kepenatan melampau,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kelesuan & Pengurusan Tidur di Institut Jantung Negara di sini hari ini.

Beliau berkata isu kelesuan dan ketiduran dipercayai merupakan antara penyumbang utama kepada berlakunya kemalangan di tempat kerja termasuk kecederaan dan kematian, namun ia tidak pernah dilaporkan.

“Bila kami terima aduan mengenai kemalangan tempat kerja, tiada langsung mengenai kelesuan atau ketiduran sedangkan kalau bekerja dalam tempoh panjang pasti berlaku keletihan…kami percaya ada, cuma ia tidak pernah dilaporkan.

“Ekoran ketiadaan aduan membabitkan kelesuan dan ketiduran, banyak pihak tidak menyedari bahayanya isu kelesuan dan ketiduran kerana punca sebenarnya tidak ditekan…majikan pula mengutamakan produktiviti tetapi mengabaikan isu kelesuan pekerja mereka,” katanya.

Beliau berkata isu kelesuan dan ketiduran seharusnya dipandang serius, sama seperti punca kemalangan di tempat kerja lain seperti kekurangan latihan dan penggunaan mesin tidak selamat.

— BERNAMA

49 thoughts on “Pastikan Pekerja Cukup Rehat Elak Kemalangan Tempat Kerja

  1. Pingback: sleeping music
  2. Pingback: k2 spray
  3. Pingback: bonanza178
  4. Pingback: naga356
  5. Pingback: Ford Everest
  6. Pingback: login altogel
  7. Pingback: free chat rooms
  8. Pingback: DK780 Slot
  9. Pingback: get tokens
  10. Pingback: rich89bet
  11. Pingback: lazywin888
  12. Pingback: ไฮเบย์
  13. Pingback: pārdot mežu
  14. Pingback: Freshbet
  15. Pingback: league88
  16. Pingback: แทงหวย
  17. Pingback: massage Bangkok
  18. Pingback: vegus666
  19. Pingback: PG333
  20. Pingback: checkslip
  21. Pingback: สิว

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *