Karnival Kerjaya Bantu Kerajaan Tangani Masalah Pengangguran – Mohd Shafie

SEMPORNA, 28 Mac 2019 — Karnival Kerjaya anjuran jabatan dan agensi kerajaan di Sabah mampu membantu usaha kerajaan negeri mengurangkan kadar pengangguran sekali gus mengoptimumkan penggunaan sumber manusia, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata penganjuran karnival seumpama itu khususnya di kawasan luar bandar mampu mendekatkan lebih ramai golongan pencari kerja dengan majikan sekali gus memberi platform kepada mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

“Kerajaan negeri akan terus berusaha menarik lebih ramai pelabur dalam dan luar negara bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Bagaimanapun, rakyat Sabah perlu meningkatkan kemahiran diri untuk terus produktif dan berdaya saing,” katanya di dalam ucapan perasmian Karnival Kerjaya peringkat Semporna di sini, hari ini.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Categories