KUALA LUMPUR, 11 Mac 2019– Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pemimpin negara perlu mendengar dan mengambil kira tuntutan rakyat semasa merangka sebarang dasar dan program untuk mereka.
Seri Paduka bertitah, ini kerana rakyat kini mahukan sebuah kerajaan bertanggungjawab yang mendengar pandangan dan aspirasi mereka.
“Rakyat hari ini bukan sahaja mahukan pembangunan bahkan sebuah kerajaan yang bersih, telus, bertanggungjawab serta mendaulatkan undang-undang untuk membawa negara ke tahap lebih baik,” titah Sultan Abdullah.
Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini. Turut berangkat ke istiadat pembukaan itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
Yang di-Pertuan Agong turut mahu rasuah terus diperangi kerana gejala itu membebankan rakyat dan meruntuhkan asas sesebuah negara.
Yang turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mengenai rasuah, Seri Paduka bertitah dalam mengejar kemajuan, soal integriti dan nilai-nilai murni hendaklah terus dititikberatkan.
“Beta suka menzahirkan penghargaan atas usaha kerajaan memperkenalkan Pelan Anti Rasuah Nasional dan menggubal undang-undang berkaitan untuk memperkukuh tadbir urus,” titah Sultan Abdullah sambil berharap usaha yang dilakukan dapat memperbaiki kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah.
Titah diraja itu banyak memuatkan hal berkaitan kepentingan rakyat seperti kos sara hidup, kesejahteraan rakyat di bandar dan luar bandar selain cabaran ekonomi, pendidikan, keusahawanan, kedudukan Islam dan pengaruh media sosial.
Sultan Abdullah bertitah kerajaan sedar bahawa peningkatan kos sara hidup adalah antara cabaran dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Dalam hal ini, Seri Paduka menarik perhatian bahawa pelbagai inisiatif dilaksana kerajaan untuk membantu rakyat seperti penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara, penyelarasan gaji minimum, pemberian Bantuan Sara Hidup, subsidi bersasar, program Food Bank serta peningkatan kualiti sistem penyampaian kerajaan.
“Kerajaan juga akan memperkukuh kerjasama strategik dengan sektor swasta dan badan bukan kerajaan dalam isu kepenggunaan serta meningkatkan penguatkuasaan terhadap pihak yang mengeksploitasi harga dan mengambil keuntungan berlebihan,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Abdullah bertitah rakyat harus yakin dengan pelbagai langkah yang diambil kerajaan biarpun kesannya mungkin tidak segera dirasai.
“Rakyat juga perlu realistik dalam meletakkan harapan kepada kerajaan dan terus berusaha untuk memajukan diri ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup. Semestinya kerajaan beta akan sentiasa bersama rakyat dalam mengharungi cabaran ini,” titah Seri Paduka.
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong bersyukur dengan keamanan, kesejahteraan serta pencapaian negara secara keseluruhan hasil daripada tadbir urus negara yang baik.
Titah Seri Paduka, kedudukan ekonomi dan kewangan Malaysia kekal kukuh dan berdaya saing meskipun berhadapan dengan cabaran ketidaktentuan ekonomi termasuk kesan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta kejatuhan harga komoditi utama.
Menurut Sultan Abdullah, ekonomi negara berkembang 4.7 peratus tahun lepas dengan jumlah perdagangan RM1.9 trillion dan hutang luar negara kekal terurus.
“Beta menyeru semua pihak khususnya sektor awam agar berganding bahu dengan kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara dan seterusnya membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih disegani di persada antarabangsa,” titah Seri Paduka.
Pada awal titah diraja itu, Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada Sultan Muhammad V sepanjang pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Sultan Abdullah, yang melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan lepas, juga berikrar untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan yang adil dan saksama berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan.
Seri Paduka turut mengajak semua anggota Parlimen dan rakyat untuk bersamanya dalam memelihara kesejahteraan dan kemakmuran negara.
— BERNAMA
Fantastic insights! Concentrated Wisdom [ “https://concentratedwisdom.com/ ] truly offers a new
view of the personal growth. I love how your material
is a deep dive into self-development and practical knowledge.
Podcasts like yours make it easier to absorb useful lessons that can be applied in daily routine.
If someone is searching for an Podcast for
Personal Growth, this is a must-follow! Thank you for your amazing efforts.
I’m looking for more shows! Also, I am currently exploring similar
subjects on my blog and would like to hear from you about your
experiences. Let’s keep inspiring each other!
Read more about : Concentrated Wisdom
Excellent source! Finding an authentic QuickBooks
training iin Bangalore can be hard, and this website provides comprehensive
instruction for both beginners and professionals.
Learninjg QuickBookks efficiently is vital foor effichient
management of finances and I am impressed by the structured approach you
provide. If anyone is looking for aan expertly-guided QuickBooks-related training in Bangalore This will
definitely be worth a look. We look forward to further insights from you
and your team!
Reead more about : Quickbooks Training Bangalore
Bro! Iam Sandhya. Wonderful post! Үoսr explanation about
Door Lock options ᴡas super helpful. Ӏt’snot easy to find cleaг reviews tһɑt actually guide people іn choosing the riցht
security lock, bbut yoսr article really stood օut.
I аppreciate һow yοu’ve covered both security and style.
Ꮤhether it’s for home or office, thiѕ content is a mᥙst-read foг anyone considering upgrading their door locks.
Keep up thе excellent writing — ⅼooking forward tο reading more of yoᥙr blogs іn the future.
Ⅿuch appreciated! learn Ꮇore Aboսt front door locks