Nilai Output Kasar Sektor Ekonomi Meningkat 6.5 Peratus Pada 2017

Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2019 — Nilai output kasar sektor ekonomi yang diliputi pada tahun rujukan 2017 mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6.5 peratus berbanding 2015, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jabatan itu menerbitkan Laporan Awalan Statistik Ekonomi Tahunan 2018 yang meliputi sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Penemuan Survei Ekonomi Tahunan 2018 rujukan 2017, menunjukkan nilai output kasar mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 6.5 peratus berjumlah RM2,823.9 bilion berbanding RM2,489.5 bilion pada 2015.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *