Tun Dr M Lancar Perlindungan Takaful Untuk Golongan B40

PUTRAJAYA, 24 Januari 2019 – Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sumbangan permulaan sebanyak RM2 bilion dari syarikat insurans dan takaful Great Eastern.

Kerajaan Persekutuan, melalui mySalam, menyediakan perlindungan takaful untuk membantu golongan B40 menangani kesulitan kewangan yang timbul akibat kemasukan ke wad hospital kerajaan atau ditimpa salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tidak diduga.

Dr Mahathir berkata kerajaan menjangkakan seramai 3.69 juta rakyat berumur 18 hingga 55 tahun layak menerima manfaat skim mySalam.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan Pakatan Harapan merasai keperitan yang ditanggung oleh rakyat yang hilang mata pencarian akibat sakit atau kemalangan.

“Bagi golongan B40, terutamanya mereka yang bekerja sendiri atau memperoleh gaji harian, tuntutan takaful yang diterima daripada skim mySalam ini boleh memberi kelegaan sementara bagi membantu mengekalkan keperluan hidup dan perbelanjaan harian, sementara menjalani rawatan perubatan yang diperlukan,” katanya.

Dr Mahathir berharap syarikat insurans swasta yang lain dapat berganding bahu untuk memperluaskan jangkauan pemilikan polisi insurans dan takaful rakyat Malaysia.

— BERNAMA

5 thoughts on “Tun Dr M Lancar Perlindungan Takaful Untuk Golongan B40

  1. Pingback: Hoyt archery
  2. Pingback: super kaya88

Leave a Reply

Your email address will not be published.