KUALA LUMPUR, 31 Dis 2019 — Majlis Amanah Rakyat (Mara) wajar menghentikan tindakan untuk menutup Mara Corporation, selain menjual aset-aset Melayu, bagi mengecilkan skop tanggungjawabnya kepada pendidikan dan keusahawanan sahaja.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Seri Syed Hussein AlHabshee berkata Mara sepatutnya mengambil langkah memperkasa syarikat itu (Mara Corp) dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menutupnya.
“Mara harus melibatkan pihak berkepentingan dalam merangka dasar dan strategi yang bertumpukan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 dan menggunakan sepenuhnya mandat pembangunan sosioekonomi Mara.
“Mereka juga harus meningkatkan keupayaan supaya lebih cekap dalam bidang pembangunan ekonomi, selain diperkukuh dengan kepakaran yang mencukupi dalam bidang pendidikan,” menurut DPMM dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan tindakan Mara yang membelakangkan kepercayaan orang Melayu dan Bumiputera ini hanya akan merugikan negara.
“DPMM menyifatkan tindakan itu sebagai membelakangkan tanggungjawab Mara sebagai pihak berkepentingan berdasarkan mandatnya yang termaktub dalam Akta Mara 1966.
“Rakyat Malaysia khususnya Melayu dan Bumiputera di kawasan pedalaman kini berhadapan kesusahan,” katanya.
Mara mempunyai rangkaian kebangsaan untuk melaksanakan wawasan ini berdsaarkan kedudukan Majlis itu yang mempunyai dana, jenama dan tenaga kerja.
“DPMM bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan Ekonomi Melayu yang lain, akan duduk bersama untuk menyuara dan mendesak tindakan yang akan merugikan orang Melayu itu, ditarik balik,” katanya.
— BERNAMA
They were instructed to start the endocrine treatment after study inclusion, compliance was reported by the participants at 3 months safe place to buy cialis online