{"id":2726,"date":"2020-01-02T00:18:53","date_gmt":"2020-01-01T16:18:53","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/?p=2726"},"modified":"2020-01-07T00:34:31","modified_gmt":"2020-01-06T16:34:31","slug":"pandang-ke-timur-mahathir-kongsikan-idea-koperasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/2020\/01\/02\/pandang-ke-timur-mahathir-kongsikan-idea-koperasi\/","title":{"rendered":"Pandang Ke Timur, Mahathir Kongsikan Idea Koperasi"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 2 Jan 2020 &#8212; Tun Dr Mahathir Mohamad telah melontarkan idea tentang kedai koperasi kampung di Jepun dan berkata beliau tertanya-tanya sama ada idea seumpama itu dapat dilaksanakan dengan jayanya di Malaysia.<\/p>\n<p>Memuat naik kisah itu dalam blog beliau, chedet.cc, semalam dan dikongsikan dalam Facebook dan Twitter hari ini, perdana menteri berkata kedai itu beroperasi dengan jayanya di pulau Okinawa.<\/p>\n<p>Beliau menceritakan perkara itu seperti berikut:<\/p>\n<p>\u201cOkinawa ialah sebuah pulau yang panjang dan sempit yang jaraknnya 100 km dari utara ke selatan. Di zaman dahulu penduduk di selatan sukar untuk mendapatkan bekalan daripada utara.<\/p>\n<p>\u201cPenduduk di kampung itu memutuskan untuk mewujudkan sebuah kedai untuk memenuhi keperluan mereka. Mereka mengumpulkan wang daripada penduduk kampung dan membina sebuah kedai.<\/p>\n<p>\u201cMereka mengupah seorang lelaki di kampung itu untuk menguruskan kedai itu. Wang diberikan oleh penduduk kampung bagi membeli barangan daripada utara untuk diisi di dalam kedai itu untuk keperluan mereka.<\/p>\n<p>\u201cPenduduk kampung membeli barang keperluan mereka tetapi tidak membayarnya serta merta. Sebaliknya mereka tulis nama mereka dan barang yang diambil pada sekeping kertas.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kali mereka perlukan barangan atau makanan, mereka tulis nama mereka pada sekeping kertas dan lekatkannya di papan kenyataan yang terdapat dalam kedai itu.<\/p>\n<p>\u201cPada akhir bulan, mereka akan jumlahkan belian mereka yang tersenarai pada kertas itu dan membayar amaun yang perlu dibayar. Wang itu disimpan dalam peti simpanan.<\/p>\n<p>\u201cKemudian apabila perniagaan kurang memberangsangkan, mereka meletakkan sebuah meja dan beberapa kerusi dan mula menjual minuman dan kopi.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kampung akan mempunyai kedai kampung milik bersama ini. Ia seperti koperasi, dimiliki dan dikendalikan oleh penduduk kampung.<\/p>\n<p>\u201cHari ini kebanyakannya sudah tiada berikutan akses kepada keperluan mereka menjadi semakin mudah disebabkan adanya jalan raya lebih baik, motosikal dan kereta. Sebuah kedai yang saya kunjungi adalah antara beberapa yang masih tinggal.<\/p>\n<p>\u201cIa amat berjaya di Okinawa. Tertanya-tanya jika ia boleh dilaksanakan dengan jayanya di Malaysia.\u201d<\/p>\n<p>Ini merupakan antara perkara yang banyak kali diperkatakan oleh Dr Mahathir tentang bagaimana rakyat boleh memanfaatkan koperasi.<\/p>\n<p>Pada 21 Sept tahun lepas semasa berucap kepada 20,000 ahli persatuan koperasi di Cyberjaya, beliau berkata pergerakan koperasi boleh memainkan peranan penting dalam membantu isi rumah berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar untuk berdepan dengan kenaikan kos hidup.<\/p>\n<p>Beliau berkata sumbangan koperasi tidak harus hanya dilihat dari segi meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar sahaja tetapi juga meningkatkan kuasa beli rakyat ke arah mencapai wawasan kemakmuran bersama.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 2 Jan 2020 &#8212; Tun Dr Mahathir Mohamad telah melontarkan idea tentang kedai koperasi kampung di Jepun dan berkata beliau tertanya-tanya sama ada idea seumpama itu dapat dilaksanakan dengan jayanya di Malaysia. Memuat naik kisah itu dalam blog beliau, chedet.cc, semalam dan dikongsikan dalam Facebook dan Twitter hari ini, perdana menteri berkata kedai itu beroperasi dengan jayanya di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2727,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9,3],"tags":[],"class_list":["post-2726","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-koperasi"],"featured_image_urls":{"full":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",852,480,false],"thumbnail":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop-500x300.jpg",500,300,true],"medium":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop-600x338.jpg",600,338,true],"medium_large":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop-768x433.jpg",720,406,true],"large":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop-800x451.jpg",720,406,true],"1536x1536":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",852,480,false],"2048x2048":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",852,480,false],"bosa-1920-550":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",852,480,false],"bosa-1370-550":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",852,480,false],"bosa-590-310":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",550,310,false],"bosa-420-380":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",420,237,false],"bosa-420-300":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",420,237,false],"bosa-420-200":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",355,200,false],"bosa-290-150":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",266,150,false],"bosa-80-60":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop.jpg",80,45,false],"wp_review_small":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop-65x65.jpg",65,65,true],"wp_review_large":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2020\/01\/village-shop-320x240.jpg",320,240,true]},"author_info":{"display_name":"admin","author_link":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/author\/admin\/"},"category_info":"<a href=\"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/category\/berita\/\" rel=\"category tag\">berita<\/a> <a href=\"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/category\/koperasi\/\" rel=\"category tag\">koperasi<\/a>","tag_info":"koperasi","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2726"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2726"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2726\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2728,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2726\/revisions\/2728"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2727"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2726"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2726"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2726"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}