{"id":1147,"date":"2019-05-04T00:22:55","date_gmt":"2019-05-03T16:22:55","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinpekerja.com\/web\/?p=1147"},"modified":"2019-05-04T00:22:55","modified_gmt":"2019-05-03T16:22:55","slug":"pekerja-amanah-pacu-pembangunan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/2019\/05\/04\/pekerja-amanah-pacu-pembangunan-negara\/","title":{"rendered":"Pekerja Amanah Pacu Pembangunan Negara"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 2 Mei 2019 &#8212; \u2018Berilmu dan Berintegriti Pemacu Pembangunan Negara\u2019 tema yang dipilih bagi sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.<\/p>\n<p>Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata tema itu dipilih bagi menggambarkan betapa pentingnya ilmu dan integriti dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.<\/p>\n<p>\u201cBerilmu dan berintegriti pemacu pembangunan negara berbeza dengan tema Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang disambut semalam iaitu \u2018Pekerja Amanah Aspirasi Negara\u2019. Kami melihat pekerja ini mesti mempunyai ilmu secukupnya. Ilmu bekerja, ilmu menguruskan keluarga, ilmu menguruskan kehidupan sebagai sumber kepandaian mereka dan berintegriti.<\/p>\n<blockquote><p>\u201cIlmu dan integriti merupakan komponen yang sangat penting untuk kita melihat ke hadapan, bagaimana negara kita ini dibina. Ke mana haluan negara kita,\u201d katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama News Channel di sini malam tadi.<\/p><\/blockquote>\n<p>Mengenai kesetiaan penjawat awam kepada kerajaan yang sering diperkatakan, beliau berkata sebagai kakitangan awam, mereka bekerja dengan kerajaan semasa dan bukan dengan parti politik.<\/p>\n<p>Azih berkata dalam situasi negara kita yang mengamalkan prinsip demokrasi, mungkin pilihan itu berlaku tetapi kesetiaan itu tidak boleh diragui kerana memang tanggungjawab penjawat awam untuk melaksanakan amanah.<\/p>\n<p>Bagi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili pekerja sektor swasta, perjuangan utama masih lagi bagi mencapai matlamat Satu Pekerja Satu Rumah serta tangga gaji yang setimpal untuk pekerja yang baru masuk ke pasaran kerja.<\/p>\n<p>Presidennya Datuk Abdul Halim Mansor berkata kreativiti dan inovasi yang ditunjukkan oleh pekerja seharusnya dihargai majikan.<\/p>\n<p>Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu rang undang-undang yang menetapkan bahawa kenaikan gaji mesti diberi setiap tahun.<\/p>\n<p>Mengenai perubahan pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan, penganalisis ekonomi Prof Madya Dr Madeline Berma berkata walaupun pada awalnya banyak penjawat awam keliru kerana perubahan yang berlaku, tetapi lama kelamaan perubahan itu akhirnya diterima.<\/p>\n<p>Madeline berkata walaupun ada pihak meragui kesetiaan penjawat awam, beliau percaya mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan pentadbiran jika diberi peluang.<\/p>\n<p>Mengulas perbezaan tema antara sambutan peringkat kebangsaan dengan tema Cuepacs, Madeline berkata kedua-dua tema itu mempunyai roh yang sama, iaitu pekerja berintegriti dan amanah.<\/p>\n<p>\u201cOrang yang amanah ini termasuk juga yang berintegriti adalah seseorang yang melakukan sesuatu perkara tanpa perlu ada pengawasan. Yang menjadi masalah ialah apabila kita hanya membuat kerja apabila ada ketua yang melihat.<\/p>\n<p>\u201cKonsep amanah ini ialah kita sendiri yang akan menentukan batasan atau meletakkan penanda aras. Istilah orang yang berintegriti ialah orang yang tidak risau tentang KPI atau tidak risau akan ada sesiapa yang melihat tanggungjawab itu, tetapi takut kepada dirinya sendiri, masyarakat atau Tuhan. Inilah ukuran yang sangat tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p><span style=\"color: #808080;\">&#8212; BERNAMA<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 2 Mei 2019 &#8212; \u2018Berilmu dan Berintegriti Pemacu Pembangunan Negara\u2019 tema yang dipilih bagi sambutan Hari Pekerja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata tema itu dipilih bagi menggambarkan betapa pentingnya ilmu dan integriti dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1148,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[9,69],"tags":[],"class_list":["post-1147","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-semasa"],"featured_image_urls":{"full":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",691,460,false],"thumbnail":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44-500x300.png",500,300,true],"medium":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44-548x365.png",548,365,true],"medium_large":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",691,460,false],"large":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",691,460,false],"1536x1536":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",691,460,false],"2048x2048":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",691,460,false],"bosa-1920-550":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",691,460,false],"bosa-1370-550":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",691,460,false],"bosa-590-310":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",466,310,false],"bosa-420-380":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",420,280,false],"bosa-420-300":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",420,280,false],"bosa-420-200":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",300,200,false],"bosa-290-150":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",225,150,false],"bosa-80-60":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",80,53,false],"wp_review_small":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",65,43,false],"wp_review_large":["https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/wp-content\/uploads\/2019\/05\/pekerja-amanah-44.png",320,213,false]},"author_info":{"display_name":"admin","author_link":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/author\/admin\/"},"category_info":"<a href=\"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/category\/berita\/\" rel=\"category tag\">berita<\/a> <a href=\"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/category\/semasa\/\" rel=\"category tag\">semasa<\/a>","tag_info":"semasa","_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1147"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1147"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1147\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1149,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1147\/revisions\/1149"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1148"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1147"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1147"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinpekerja.com\/web\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1147"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}