KKM lanjut kontrak petugas kesihatan yang tamat tahun ini

KUALA LUMPUR, 3 Feb — Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperakukan pelanjutan kontrak petugas kesihatan yang akan tamat kontrak pada tahun ini.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Mohd Sha;q Abdullah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 26 dan 28 Jan lepas bersetuju meluluskan pelantikan semula secara kontrak 1,243 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29, melibatkan graduan Institut Latihan KKM yang tamat kontrak pada 2 Feb.

“Pemakluman mengenai pelanjutan kontrak ini telah pun dimaklumkan kepada Ketua Jabatan. Tawaran pelanjutan kontrak bagi kohort lain yang tamat kontrak dalam tahun 2022 akan dibuat secara berfasa sebaik perakuan KKM diluluskan oleh agensi pusat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,” katanya.

Mohd Sha;q berkata pelanjutan kontrak ini dibuat mengambil kira situasi negara dalam peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik dan usaha memulihkan perkhidmatan tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Merujuk kepada artikel disiarkan sebuah akhbar semalam bertajuk “Giliran Penolong Pegawai Perubatan Mogok Esok?”, beliau berkata KKM menghargai peranan penting Penolong Pegawai Perubatan di KKM bersama barisan hadapan lain khususnya dalam menangani pandemik.

Sumber: BERNAMA

49 thoughts on “KKM lanjut kontrak petugas kesihatan yang tamat tahun ini

  1. Pingback: norwood sawmill
  2. Pingback: Phim phieu luu
  3. Pingback: condomnium
  4. Pingback: thc vape pen uk
  5. Pingback: ai pet camera
  6. Pingback: cartel oil
  7. Pingback: mimosa mkx cart
  8. Pingback: dultogel
  9. Pingback: โคมไฟ
  10. Pingback: Undress App
  11. Pingback: FORTUNE DRAGON
  12. Pingback: read more
  13. Pingback: league88
  14. Pingback: สบาย168
  15. Pingback: Go X VIP

Comments are closed.