KUALA LUMPUR, 26 Dis — Latihan asas bencana dan pengurangan risiko dalam komuniti perlu dibuat dengan lebih meluas di kawasan risiko banjir secara kerap dan serius bersama komuniti setempat supaya masyarakat mempunyai pengetahuan dan kesiapsiagaan apabila berdepan bencana itu.
Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) Dr Shawaludin Husin berkata langkah itu akan dapat memperbaiki kefahaman, pemikiran dan komunikasi yang lebih baik antara badan berwajib dan masyarakat.
“Penduduk mesti faham apa yang perlu dilakukan semasa bencana dan bagaimana evacuation process (proses pemindahan) dijalankan bagi memudahkan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata satu garis panduan mengenai bidang kuasa, punca kuasa dan rantaian perintah perlu diperjelas kepada umum atau badan profesional termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan kesiapsiagaan pengurusan bencana selepas
ini.
Menurutnya punca dan bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri juga perlu jelas dan selaras.
Katanya dengan arahan dan peranan yang jelas, ia akan dapat membantu melancarkan lagi operasi menyelamat dan membantu mangsa banjir, dengan penglibatan NGO dapat diperkasakan dengan lebih baik.
Sumber: BERNAMA
49 thoughts on “Banjir: MSOSH cadang latihan asas bencana dibuat lebih meluas”
Comments are closed.