Penyelidik Malaysia harumkan nama negara dalam SIIF 2021

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Penyelidik Malaysia berjaya membawa pulang tiga hadiah utama selain 24 pingat emas, 27 pingat perak dan 37 pingat gangsa, menerusi penyertaan dalam Seoul International Invention Fair (SIIF 2021).

Presiden Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) Dr Muhd Noor Muhd Yunus berkata tiga hadiah utama tersebut, iaitu dua “Grand Prize” dan satu “Best Inventor” (Pencipta Terbaik), telah dinilai berdasarkan tahap reka bentuk teknologi, kebolehpasaran dan nilai pasaran produk.

Sementara itu, menurut Setiausaha MARS Hasfazilah Hassan, penyertaan Malaysia kali ini meningkat dua kali ganda berbanding tahun lepas, menjadikan jumlah penyertaan sebanyak 113 inovasi daripada 23 insititusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan.

“Kejayaan penyelidik kita di persada antarabangsa seperti ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan yang besar terhadap hasil usaha penyelidik-penyelidik dari Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MARS merupakan organisasi eksklusif yang dilantik oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA) untuk membawa penyertaan dari Malaysia ke SIIF.

Dalam pada itu, pertandingan yang berlangsung dari 1 sehingga 4 Dis lepas di Korea Selatan itu telah berjaya menghimpunkan tidak kurang daripada 465 produk reka cipta dari lebih 24 negara.

Sumber: BERNAMA

49 thoughts on “Penyelidik Malaysia harumkan nama negara dalam SIIF 2021

  1. Pingback: สล็อต xo
  2. Pingback: top article
  3. Pingback: 검증커뮤니티
  4. Pingback: cartel carts
  5. Pingback: dtr car detailing
  6. Pingback: ufa168
  7. Pingback: Diyala Science1
  8. Pingback: altogel
  9. Pingback: Infographics
  10. Pingback: marine88
  11. Pingback: highbay
  12. Pingback: pgslot
  13. Pingback: umbrie vakantie
  14. Pingback: pigspin
  15. Pingback: Ricky Casino
  16. Pingback: mostbet
  17. Pingback: 168win
  18. Pingback: ระบบ CRM
  19. Pingback: royal joker

Comments are closed.