Gambar hiasan

Ambil Alih Proses Pekerja Asing: Tunggu Kabinet – Kulasegaran

IPOH, 9 Nov: Kementerian Sumber Manusia menyerahkan kepada Kabinet untuk membuat keputusan mengenai mengambil alih semula proses kemasukan pekerja asing sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menterinya, M Kulasegaran, berkata sehubungan itu, satu perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengendalikan proses berkenaan sekarang ini untuk dikemukakan dan diputuskan oleh Kabinet.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan KDN kerana itu satu cadangan (oleh SPRM). Kabinet akan buat keputusan. Kalau Kabinet mengarahkan saya mengambil alih, pihak kementerian akan ambil alih,” katanya, memetik kenyataannya kepada media sleepas menghadiri program penyerahan mesin dialisis kepada Pusat Dialisis Bercham di sini, hari ini.

Kulasegaran merujuk cadangan dikemukakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, sebelum ini mengenai proses kemasukan pekerja asing yang dikendalikan KDN supaya dikembalikan kepada Kementerian Sumber Manusia.

SPRM, menurut Latheefa, melihat perlu ada penambahbaikan sistem dalam pengambilan pekerja yang lebih bersesuaian dengan peranan Kementerian Sumber Manusia yang lebih tahu berapa banyak pekerjaan sedia ada untuk pekerja asing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Categories