Kerajaan Digesa Gubal Segera Dasar Pengurusan Stres Negara

MARANG, 30 Okt: Dasar Pengurusan Stres Negara perlu digubal segera berikutan penularan masalah stress yang dikesan membabitkan lebih 400,000 penjawat awam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sistem perkhidmatan awam jika tidak dibendung.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda, berkata penggubalan itu perlu untuk memastikan kakitangan awam mendapat pembelaan, termasuk diberi kaunseling sewajarnya.

Cuepacs, menurutnya sudah beberapa kali membincangkan perkara itu dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sejak tahun lalu, seiring keprihatinan pihaknya terhadap soal kesihatan mental membabitkan pekerja.

“Hasil kajian beberapa universiti dan badan bebas mendapati lebih 400,000 penjawat awam di negara ini berdepan dengan stres yang berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya persekitaran kerja, arahan majikan, kos kewangan atau beban kerja yang ditanggung.

“Ini akan membawa mudarat kepada sistem perkhidmatan awam itu sendiri,” katanya, memetik kenyataannya kepada media selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Awam Peringkat Zon Pantai Timur di sini, baru ini.

Seminar yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu, Mohd Zahari Hitam dan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu, Farihah Che Husin itu disertai 250 peserta.

Azih berkata, kewujudan dasar itu kelak dilihat boleh memperjelaskan bagaimana Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) dan rakan kaunselor boleh memastikan pekerja mereka dapat diberi kaunseling dengan baik.

Tambahnya, penjawat awam yang berdepan tekanan tidak boleh menyembunyikan masalah yang dihadapi.

“Manusia tidak boleh berdiam diri,” katanya, menjelaskan kakitangan terbabit perlu membuat aduan kepada kaunselor atau rakan Akrab di agensi masing-masing.

“Mereka perlu berkongsi masalah yang dhadapi, sama ada kepada ketua di tempat kerja, rakan Akrab atau rakan sekerja bagi membantu dalam pengurusan stres.”

49 thoughts on “Kerajaan Digesa Gubal Segera Dasar Pengurusan Stres Negara

  1. Pingback: my sources
  2. Pingback: go to these guys
  3. Pingback: sad anime movies
  4. Pingback: r6s esp free
  5. Pingback: naza24
  6. Pingback: swan168
  7. Pingback: heyclay
  8. Pingback: lottorich28
  9. Pingback: Mostbet
  10. Pingback: Gregory
  11. Pingback: ufabet777
  12. Pingback: โคมไฟ
  13. Pingback: vegasnow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *