Notis Pemberhentian Mengejut, Utusan Melayu Akan Dikenakan Tindakan

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad akan dikenakan tindakan yang sewajarnya berikutan pemberhentian pekerjanya dipercayai telah dilakukan tanpa mengikut undang-undang, kata M Kulasegaran.

Menteri Sumber Manusia itu berkata, kakitangan syarikat media berkenaan telah diberhentikan menerusi notis yang singkat dan jelas, memperlihatkan satu tindakan yang tidak betul.

“Mereka perlu mengikut undang-undang, tapi mereka tidak berbuat demikian. Jadi, tindakan bersesuaian perlu dilakukan,” katanya, memetik kenyataannya kepada media selepas merasmikan Hari Anugerah Productivity Linked Wage System (PLWS) 2019 Piala Menteri Sumber Manusia di sini, hari ini.

Utusan Melayu, menerusi satu notis semalam, mengumumkan mengenai pemberhentian operasi dan mengarahkan kakitangannya mengambil barangan peribadi dan mengosongkan pejabat.

Syarikat media yang menaungi akhbar Utusan Malaysia yang berusia 80 tahun, turut mengumumkan pelupusan 70 peratus saham anak syarikat milik penuhnya, Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn bhd, sebuah firma berkait jutawan, Syed Mokhtar Al-Bukhary yang kini memegang permit percetakan Utusan Malaysia dan Kosmo!

Pengumuman mengejut itu dibidas Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan Melayu, Mohd Taufeq Razak yang menganggap tindakan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.

Bernama dalam satu laporannya, semalam pula menyebut kesediaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk membantu lebih 800 kakitangan Utusan Melayu yang terbabit dengan penutupan syarikat itu menerusi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Kenyatan itu menyebut Perkeso juga sudah mengadakan sesi taklimat dengan Utusan Melayu pada 28 September lalu mengenai bantuan yang disediakan kerajaan melalui SIP, antara lain membolehkan pekerja terjejas menerima bantuan kewangan dengan kadar 80 hingga 30 peratus daripada gaji yang diinsuranskan bagi tempoh antara tiga hingga enam bulan.

Perkeso juga dilaporkan sedang bekerjasama dengan Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) untuk membantu pekerja terbabit mengisi kekosongan, antaranya dalam bidang grafik, percetakan dan sebagai operator mesin.

49 thoughts on “Notis Pemberhentian Mengejut, Utusan Melayu Akan Dikenakan Tindakan

  1. Pingback: spin238
  2. Pingback: التسويق
  3. Pingback: Highbay
  4. Pingback: concrete patio
  5. Pingback: slot88
  6. Pingback: iTunes gift card
  7. Pingback: luckyvip77
  8. Pingback: Event venue phuket
  9. Pingback: โคมไฟ
  10. Pingback: wings789
  11. Pingback: hit789
  12. Pingback: slot99
  13. Pingback: King Chance
  14. Pingback: ufa789
  15. Pingback: mostbet aviator
  16. Pingback: gubet
  17. Pingback: dgsiam
  18. Pingback: heng678
  19. Pingback: EndoliftX
  20. Pingback: pg168
  21. Pingback: jav

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *