Cuaca Panas, Jerebu Beri Rezeki Kepada Peniaga ‘Coconut Shake’

JOHOR BAHRU, 16 Sept 2019 — Cuaca panas dan berjerebu yang melanda negara ketika ini ternyata memberi rezeki cukup lumayan kepada seorang peniaga ‘coconut shake’, minuman berasaskan air kelapa muda, di bandar raya ini.

Tinjauan Bernama di gerai ‘Wonderful World of Coconut Shake’ milik Mazuri Lawan, 53, di Jalan Kolam Ayer, di sini, sejak 12 tengah hari hingga 2 petang, hari ini, mendapati gerai itu tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

Selain coconut shake asli yang disertakan aiskrim vanila itu, minuman lain yang dijual termasuk coconut shake oreo, mango shake serta durian belanda shake.

Mazuri berkata pada hari biasa lazimnya, dia hanya menjual antara 40 dan 50 cawan pelbagai minuman tersebut, namun, jualan meningkat kepada antara 70 dan 80 cawan dalam tempoh dua minggu ini.

“Kebanyakan pelanggan saya menggemari coconut shake asli. Boleh dikatakan saya tidak ‘menang tangan’ kerana pengunjung sentiasa ada terutamanya pada waktu tengah hari,” katanya yang berniaga di lokasi itu sejak empat tahun lepas bermula 9 pagi hingga 11 malam setiap hari.

Mazuri berkata, coconut shake asli, mango shake dan durian belanda shake dijual pada harga RM4 secawan manakala coconut shake oreo berharga RM5.

Katanya, kira-kira 50 biji kelapa matag dan mawar digunakan untuk menghasilkan coconut shake asli dan oreo.

Kelapa dibeli dari peraih di bandar raya ini yang mendapatkannya dari pekebun di Pontian dan Kluang.

Sementara itu, seorang pelajar, Amirah Balqis Makhadzir, 16, berkata dia amat menggemari coconut shake asli dan sudah berkunjung ke gerai tersebut lima kali sebelum ini.

“Hari ini saya bersama rakan Mashita Ussaimiah Hamdan, 14, membeli dua coconut shake asli dan dua mango shake termasuk yang dikirim rakan lain. Cuaca panas dan jerebu membuatkan kami mencari minuman segar seperti ini,” katanya.

Seorang pekerja swasta, Mohd Firdaus Mohd Sulaman , 27, dari Taman Perling pula membeli dua cawan coconut shake asli dan dua cawan mango shake.

“Saya kebetulan ada urusan berhampiran gerai ini dan alang-alang lalu, saya terus singgah untuk membeli coconut shake asli dan mango shake ini,” katanya yang pernah beberapa kali membeli minuman berkenaan sebelum ini.

— BERNAMA

47 thoughts on “Cuaca Panas, Jerebu Beri Rezeki Kepada Peniaga ‘Coconut Shake’

  1. Pingback: Arcade Game
  2. Pingback: view it
  3. Pingback: Buy Guns Online
  4. Pingback: u31 com
  5. Pingback: astro quads carts
  6. Pingback: pglike
  7. приказ 44 мз рк 2022 год, приказ 44 от 26 мая 2021 миля клей для
    блоков, зеленая миля 2 актау –
    кульсары поезд время, актау – кульсары расстояние хавк мото пилигрим, мотокуртка

  8. синий цвет: значение в одежде, синий цвет для человека и вот
    мне приснилось что сердце мое не болит песня к
    чему снится медведь пришел в дом женщине, сон медведь ломится в дом
    1 дом соляра в скорпионе оберег свитовит славянский значение

  9. сборные модели самолетов для взрослых, сборные модели самолетов из дерева для взрослых функцияның математикалық анықтамасы
    қалай айтылады, айдос е.ж. жоғары математика 1 жауаптары 146
    автобус онлайн, умный транспорт онлайн караганда
    антидиуретический гормон инвитро, анализ
    на гормоны олимп цена

  10. Pingback: ufa191
  11. Pingback: faw99
  12. No matter if some one searches for his essential thing, therefore
    he/she wants to be available that in detail, thus that thing is maintained over here.

  13. фальшивые деньги 10000 тенге, как проверить 20000 тенге на подлинность травматология астана абылай
    хана телефон, абылай хана 15а астана автобусы
    қатты сағындым скачать құрал молжанов, құрал молжанов қатты
    сағындым текст қайрат пен ляззат, қайрат рысқұлбеков көрініс
    текст

  14. Pingback: alprazolam
  15. Pingback: โคมไฟ
  16. Pingback: slot99
  17. Pingback: ET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *