Seramai 68 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Nilai 3

NILAI, 15 Sept 2019 — Jabatan Imigresen Malaysia menahan seramai 68 warga asing dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan di Pusat Komersil Nilai 3, di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata kesemua mereka ditahan bagi menentukan dokumen dan passport yang dimiliki mereka, sama ada tulen atau sebaliknya.

Menurutnya operasi itu dijalankan memandangkan kawasan ini seringkali mendapat perhatian pelbagai pihak mengenai kebanjiran warga asing yang dikatakan menjalankan perniagaan dan bekerja di premis perniagaan di sini.

“Jadi dalam operasi yang kita jalankan bermula pukul 11 pagi tadi, sebanyak 39 premis diperiksa dan seramai 298 warga asing juga telah diperiksa dokumen. Daripada jumlah itu seramai 68 iaitu Pakistan 51, Myanmar (sembilan), Kemboja (satu) dan Bangladesh (tujuh) ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut dokumen yang dimiliki mereka.

“Perbezaan ini (jumlah periksa dan tahan) agak ketara kerana berdasarkan dokumen yang diperiksa kebanyakan pekerja asing di sini mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang wanita berusia antara awal 20-an hingga 40-an.

“Kesalahan lain yang dikesan pihak imigresen iaitu seorang wanita warga Kemboja yang menyalahgunakan pas pelancong untuk bekerja di sebuah kedai pakaian, lain-lain kesalahan tidak dikesan.

“Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengeluarkan 14 notis penjelasan dan kompaun selepas didapati gagal mempamerkan sijil pendaftaran perniagaan selain terus menjalankan operasi setelah tamat sijil perakuan pendaftaran perniagaan.

Menurut Khairul Dzaimee bagaimanapun ketika operasi tadi, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri dan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan turut menahan dua buah kereta.

Katanya berdasarkan operasi hari ini juga mendapati, kebanyakan warga asing yang membanjiri kawasan ini mempunyai dokumen dan pas perjalanan yang sah.

“Daripada 58 operasi yang telah dijalankan di sini sebelum ini sejak Januari tahun ini, pihak Jabatan Imigresen Negeri Sembilan hanya menahan 114 orang sahaja.

Selain itu terdapat juga warga asing yang berkahwin dengan penduduk tempatan dan mereka punyai permit sah untuk jalankan perniagaan atas nama pasangan atau pekerja di premis dengan kebenaran.

“Kadang-kadang terdapat persepsi mungkin silap apabila melihat ramai warga asing, tidak semestinya mereka semua adalah pendatang asing tanpa izin,” katanya.

Dalam operasi ini, 292 pegawai dan anggota terlibat iaitu dari Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, SSM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

— BERNAMA

34 thoughts on “Seramai 68 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Nilai 3

  1. Superb website you have here but I was wanting to know if you knew of any forums that cover the same
    topics discussed here? I’d really like to be a part of group where I can get opinions
    from other knowledgeable people that share the same interest.
    If you have any suggestions, please let me know. Bless you!

  2. когда нельзя говорить бисмиллях,
    почему нельзя разговаривать
    в туалете ислам срок сдачи 910 формы за 2 полугодие
    2022, 2 полугодие 2022 какие месяцы ет не үшін пайдалы,
    еттің зияны самарагипс алматы,
    самарагипс г16

  3. туған жерім ауылым эссе, менин ауылым шыгарма
    2 сынып памятник, карта
    памятник культуры бу дерек, көрме неден құралады мәлік жамбылұлы ешкімге бермей сүйемін текст, ешкімге бермей сүйемін скачать

  4. 8 сынып алгебра тжб 1 тоқсан, алгебра 8 сынып бжб 1 тоқсан 1 нұсқа синхронды диахронды
    салыстыру география, диахронды салыстыру мысал география парт номер запчасти, как заказать автозапчасти по интернету
    айнур турсынбаева муж нуржан биография, айнур
    турсынбаева муж сколько лет

  5. электроусилитель руля приора цена,
    электроусилитель руля алматы күрделі кемістігі бар балалар
    слайд, тіл кемістігі бар балаларды
    диагностикалау бассейн павлодар цены,
    олимпик бассейн каракалпакша косыклар мп3
    скачать 2022, каракалпак хит косыклар 2021 скачать

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *