KUALA KRAI, 15 Sept 2019 — Dua lelaki ditemukan maut selepas dipercayai terkena kejutan elektrik di tempat mereka bekerja di Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) Kampung Stong, Kemubu di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Wan Fauzi Wan Ishak berkata mangsa yang masing-masing berusia 27 dan 50 tahun, berasal dari Kampung Kemubu, di sini dan Bunut Payung, Kota Bharu.
“Kedua-dua mayat terbabit ditemui pada pukul 6.15 petang semalam oleh orang awam.
Hasil siasatan awal kedua-kedua mangsa meninggal dunia dipercayai terkena kejutan elektrik di kompleks itu selepas dipercayai melakukan kerja-kerja pembersihan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Katanya kedua-kedua mayat dihantarkan ke hospital untuk tindakan lanjut sebelum dituntut oleh keluarga.
Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.
— BERNAMA
50 thoughts on “Dua Pekerja Pembersihan Maut Terkena Kejutan Elektrik”