Usaha Pengambilan OKU Dalam Sektor Awam Perlu Dipertingkat

PETALING JAYA, 1 Sept: Kadar pengambilan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam perkhidmatan awam perlu dipertingkatkan sebagai usaha mencapai Dasar Satu Peratus yang disarankan kerajaan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hannah Yeoh, berkata pembabitan golongan OKU dalam sektor awam hanya pada kadar 0.31 peratus atau 3,856 pekerja berbanding jumlah keseluruhan pekerja dalam perkhidmatan awam iaitu 1,268,701 orang dalam tempoh setakat 31 Disember lalu.

Jumlah itu, menurutnya masih terlalu rendah memandangkan Dasar Satu Peratus pekerja OKU itu sudah mula berkuatkuasa sejak tahun 2008 yang dilaksanakan menerusi Pekeliling Perkhidmatan pada 2008 dan 2010.

“Saya menggalakkan sektor awam untuk mengambil kesempatan dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU,” katanya, memetik kenyataannya kepada media, selepas melawat pekerja OKU di pasaran Mydin USJ, Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Sehingga kini, kata Yeoh, Kementerian Pertahanan menunjukkan perkembangan positif dengan capaian 0.98 peratus dalam pengambilan pekerja di kalangan OKU, mengekori kementeriannya sendiri yang melepasi sasaran dengan 144 jawatan diisi golongan itu daripada keseluruhan 8,138 jawatan.

 

Foto: BERNAMA

49 thoughts on “Usaha Pengambilan OKU Dalam Sektor Awam Perlu Dipertingkat

  1. Pingback: phuket legal firm
  2. Pingback: ufazeed
  3. Pingback: dk7
  4. Pingback: Bauc Info
  5. Pingback: trovent
  6. Pingback: pgslot
  7. Pingback: couples massage
  8. Pingback: y2k168
  9. Pingback: Mostbet PL
  10. Pingback: hangover heal
  11. Pingback: essentials
  12. Pingback: ufa11k
  13. Pingback: โคมไฟ
  14. Pingback: vegus666
  15. Pingback: Alexander Debelov
  16. Pingback: megabet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *