SHAH ALAM, 29 Ogos 2019 — Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan kemudahan pembayaran zakat khusus untuk majikan yang menyertai Skim Potongan Gaji (SPG) iaitu melalui platform secara dalam talian ‘FPX E-Majikan’.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop berkata melalui kemudahan dalam talian itu, majikan yang terdiri daripada syarikat swasta dan badan berkanun di Selangor boleh terus melunaskan zakat kakitangan mereka secara bulanan menggunakan sistem E-Majikan.
“Sistem E-Majikan merupakan kemudahan dalam talian yang membolehkan majikan membuat taksiran zakat dan penghantaran data potongan gaji untuk kakitangan. Justeru, LZS menyasarkan seramai 1,500 majikan akan berdaftar dan menggunakan platform FPX E-Majikan.
“Selain itu, melalui platform tersebut juga, pembayar zakat boleh melihat rekod bayaran lepas, mencetak slip bayaran zakat dan mengemas kini maklumat syarikat,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kemudahan berkenaan di sini, hari ini.
Tambah beliau, bagi menggunakan platform tersebut, para majikan perlu mendaftarkan maklumat mereka di portal LZS iaitu www.zakatselangor.com.my/e-majikan.
Dalam pada itu, Saipolyazan memberitahu, mulai tahun ini, sistem E-Majikan juga telah dinaik taraf dengan menambah fungsi FPX yang mana majikan boleh terus membuat bayaran dengan memilih bank pembayaran bagi potongan zakat serta memasukkan data pencarum melalui kemudahan yang disediakan.
“Untuk makluman, sehingga kini terdapat 4,200 majikan yang menyertai SPG di LZS dan daripada jumlah tersebut sebanyak 2,100 majikan berdaftar di sistem E-Majikan. Namun begitu, hanya 1,300 syarikat sahaja yang secara konsisten menggunakan sistem E-Majikan bagi urusan potongan zakat bulanan kakitangan syarikat,” katanya.
Pada majlis yang sama juga, LZS turut meraikan 350 majikan mewakili pelbagai syarikat swasta, badan berkanun dan sektor kerajaan yang menyertai SPG bagi zakat pendapatan kakitangan di negeri berkenaan.
Majlis berkenaan juga dijadikan platform komunikasi antara LZS dengan pihak majikan khususnya dalam menambah baik pengurusan potongan zakat bulanan, di samping menyebarkan maklumat terkini berkaitan pengurusan dan agihan zakat di Selangor.
— BERNAMA
гороскоп на 27 марта лев,
гороскоп скорпион 27 марта 2024 михаил онуфриенко 360, онуфриенко михаил телеграмм 17
аркан в совместимости матрица судьбы, 18 аркан в совместимости матрица
судьбы венера в весах в 12 доме джйотиш сонник раздвоение человека,
человек раздваивается во сне