Belajar Tinggi Tapi Jawatan Rendah, CUEPACS Minta Kenaikan Gaji Tahunan

LANGKAWI, 24 Ogos: Kerajaan diminta mempertimbangkan pemberian insentif kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam yang memegang jawatan rendah walaupun penyandang mempunyai kelayakan melebihi syarat pengambilan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, berkata langkah ini perlu bagi mengimbangi kos sara hidup, selain bersesuaian dengan kelayakan mereka sebagai pemegang diploma atau ijazah.

Kenaikan gaji tahunan itu juga menurutnya, bagi mengelak berlaku ketidakadilan apabila ada jawatan yang diberikan kepada orang baharu ini menggunakan kelayakan lebih rendah seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding kelayakan sebenar.

“CUEPACS tiada statistik jelas, cuma sebahagian besar pengambilan baharu sekarangmemiliki kelayan tinggi daripada kelayakan asas, kalau syarat jawatan tersebut hanya SPM tetapi penyandang sebenarnya ada diploma dan ijazah.

“Sepatutnya kerajaan menimbangkan kadar upah yang lebih baik kepada penjawat awam ini untuk menyaingi kos sara hidup pada masa sekarang. Jadi kita tuntut supaya kerajaan menimbang insentif satu kenaikan gaji sebagai tambahan,” katanya, memetik kenyataannya kepada media.

Azih Muda sebelum itu, menghadiri Sesi Santai Bersama Presiden CUEPACS sempena Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia kali ke-14, di sini, semalam.

One thought on “Belajar Tinggi Tapi Jawatan Rendah, CUEPACS Minta Kenaikan Gaji Tahunan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *