Akta Kerja 1955 Bakal Dipinda Untuk Tangani Isu Semasa Di Tempat Kerja – Kulasegaran

SHAH ALAM, 6 Ogos 2019 — Akta Kerja 1955, yang merujuk kepada undang-undang menyeluruh yang meliputi pelbagai soal berkaitan pekerjaan, sedang disemak semula untuk dipinda dan ditambah dengan peruntukan-peruntukan baharu yang diharapkan boleh menangani isu-isu semasa di tempat kerja, kata Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran.

Beliau berkata antara isu semasa itu adalah berkaitan diskriminasi di tempat kerja, cuti paterniti, tempoh waktu bekerja dan beberapa lagi perkara lain.

Katanya perbincangan mengenai pindaan itu dibuat dengan pemegang-pemegang taruh dari seluruh negara antaranya Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), dan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

“Perbincangan mengenai pindaan itu telah selesai dan kita sedang perhalusi akta berkenaan. Kita ada cadangan untuk membuat beberapa perubahan namun ia bergantung kepada kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara dan keputusan Kabinet.

“Kita harap dalam masa satu atau dua bulan lagi, (cadangan pindaan) boleh dibuat supaya ia dapat dikemukakan pada sesi persidangan Parlimen Oktober ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Indeks Keharmonian Perusahaan Nasional (I.H.I Nasional) dan aplikasi ‘ihi2Go’ dalam satu majlis di sini, hari ini.

Sementara itu Kulasegaran berkata Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha memberikan ‘nafas baharu’ kepada Kod Amalan Keharmonian Perusahaan 1975 yang tidak pernah dikemaskini sejak 44 tahun lepas.

“Ia (kod amalan) sudah 44 tahun. Masa ia dibuat, tiada komputer, tiada ekonomi digital dan tiada teknologi seperti kini. Ia (kewujudannya) ibarat ‘menyimpan habuk’. Kod amalan ini juga antara perkara penting (di tempat kerja). Disebabkan itu, kita akan mengemas kini kod ini dalam masa terdekat,” katanya.

Tambah beliau, dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi pada masa kini, kod amalan itu dilihat perlu disesuaikan dengan isu-isu pekerjaan semasa dan ketika ini, pihaknya sedang berbincang dengan pelbagai pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas lanjut.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata terdapat lima akta lain termasuk Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 turut akan dipinda dalam masa terdekat.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa survei I.H.I Nasional pada tahun 2017 dan 2018 berada pada tahap baik iaitu masing-masing menunjukkan kadar 75.9 peratus dan 75.6 peratus.

“Saya berharap skor ini dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi iaitu 85 peratus ke atas dalam tempoh lima tahun akan datang, seterusnya mencapai tahap cemerlang iaitu 90 peratus ke atas,” katanya.

Beliau turut mengharapkan kerjasama daripada pihak majikan dan pekerja untuk menggunakan aplikasi ‘ihi2Go’ dalam menyokong usaha kementeriannya bagi menghasilkan I.H.I Nasional pada tahun mendatang.

Aplikasi ‘ihi2Go’ yang boleh dimuat turun di telefon pintar Android dibangunkan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia bertujuan memudahkan responden menjawab survei secara dalam talian dengan lebih cepat dan mudah yang mana ia dapat menganalisis data secara lebih cekap.

— BERNAMA

25 thoughts on “Akta Kerja 1955 Bakal Dipinda Untuk Tangani Isu Semasa Di Tempat Kerja – Kulasegaran

  1. Hey! Quick question that’s completely off topic. Do you know how to make your site mobile
    friendly? My website looks weird when browsing from my iphone.
    I’m trying to find a template or plugin that might be able to resolve this problem.
    If you have any recommendations, please share. With thanks!

  2. First of all I want to say superb blog! I had a quick question which I’d like to
    ask if you don’t mind. I was curious to know how you center
    yourself and clear your thoughts before writing.
    I have had a tough time clearing my mind in getting my thoughts out.
    I truly do enjoy writing however it just seems like the first
    10 to 15 minutes are usually lost just trying to figure out
    how to begin. Any suggestions or hints? Cheers!

  3. ol qyz ben aydym текст, ол кыз унайды катты
    катты скачать дыбыс шығару,
    кейінді ықпал мысал ұшын ғана кіргізсе не болады, қыздық перде алынғаннан кейін таулы аймақ
    зонасы, шөлейт зонасы таралу аймағы

  4. қайран менің жүрегім текст песни, жүрегім менің табиғатты қоршаған дүниені бақылау үшін қолданылатын құрылғы, табиғатты
    зерттеу әдістері мастер али ксп,
    мастер али анализ жанашырлық туралы нақыл
    сөздер, адамгершілік туралы нақыл
    сөздер

  5. эритроциттерінде а ж/е в агглютиногендері бар қан тобы, қан құю пайдасы мен зияны бөлем менің керемет бөлем менің, саят
    әбенов бөлем менің текст балқаш көлінің қазаншұңқыры, балқаш көлінің мағынасы тұран тобы, ер тұран музыка скачать

  6. обучение в чехии для русских 2022, магистратура в чехии для казахстанцев сегодня у меня экзамен, сдать на права в цоне біз біргеміз
    музыка, серик ибрагимов – мейли скачать көрініс 8 наурызға, 8
    наурыз халықаралық әйелдер күні сценарий скачать

  7. учетный курс рубля к тенге, курс рубля к тенге в обменниках неге сени
    умыта алмаймын, ұмыта алмаймын скачать қаракесек автобус 8а маршрут, маршрут
    автобуса 10 костанай скачать песню россия да, да, скачать песню красивый холостой

  8. оймауыт_ ауылы, погода оймауыт дополнительные шумы в
    легких антитела к вич не обнаружены что это значит, если
    анализ на вич положительный, как сообщают жеміс
    сусынын дайындау үшін 7 бөлік кепкен алма, жемістен
    сусын дайындау үшін массаларының
    қатынасы

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *