Usaha Posisikan Graduan Penganggur Dalam Pasaran Kerja

ALOR SETAR, 3 Ogos: Kerajaan memandang serius trend pengangguran di kalangan graduan dan akan memberi tumpuan terhadap usaha memposisikan golongan ini dalam pasaran kerja, menurut Kementerian Sumber Manusia.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata Malaysia kini memperlihatkan kadar pengangguran lebih tinggi dari kalangan graduan berbanding bukan graduan, apabila dibandingkan dengan negara-negara maju.

Ini berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang merekodkan seramia 516,000 penganggur pada suku pertama 2019.

Seramai 238,286 penganggur, termasuk 174,327 merupakan siswazah telah mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan portal JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja.

“Pengangguran di Malaysia ini, graduan yang lebih tinggi daripada yang bukan graduan, kalau kita lihat sebab dia berbanding dengan negara maju, orang yang bukan graduan itu lebih ramai menganggur.

“Graduan berada dalam pasaran pekerjaan, graduan sama ada B40 atau bukan B40 memang berada dalam kategori pengangguran yang agak tinggi. Ini sedang dilihat oleh pihak kerajaan dan kementerian saya hanya memikirkan bagaimana untuk memposisikan mereka di pasaran kerja,” katanya, memetik kenyataannya kepada media selepas melancarakan Hari Terbuka Perkeso di Kraftangan Malaysia di sini, hari ini.

Kata Mahfuz, kerajaan juga berusaha menarik lebih ramai pelabur yang berteknologi tinggi bagi memastikan pekerjaan yang ditawarkan nanti adalah pekerjaan yang berasaskan kelayakan pendidikan, sesuai dengan graduan kini yang tertumpu dalam bidang kemahiran.

49 thoughts on “Usaha Posisikan Graduan Penganggur Dalam Pasaran Kerja

  1. Pingback: meditation music
  2. Pingback: bandar togel
  3. Pingback: bersa thunder
  4. Pingback: lazywin888
  5. Pingback: ฮิต 789
  6. Pingback: NFT Artists
  7. Pingback: Payday loans
  8. Pingback: 888 casino
  9. Pingback: cat888
  10. Pingback: kc9
  11. Pingback: Agent lsm99
  12. Pingback: visit
  13. Pingback: Aviator
  14. Pingback: pgslot
  15. Pingback: mostbet
  16. Pingback: 7slots
  17. Pingback: 1win
  18. Pingback: bio ethanol burner

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *