Pembaharuan Pasaran Kerja Penting Atasi Ketidaksepadanan Ketidaksepadanan – Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 1 Ogos 2019 — Pembaharuan pasaran kerja adalah penting untuk mengatasi masalah ketidaksepadanan dalam sektor pekerjaan yang menyumbang kepada graduan menganggur, pengangguran dan pertumbuhan gaji yang perlahan serta terlalu bergantung kepada buruh asing, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berucap pada sesi meja bulat dengan dewan-dewan perniagaan antarabangsa mengenai tenaga kerja di sini hari ini, Dr Mahathir berkata semua ini mempunyai implikasi serius terhadap ekonomi dan perniagaan.

Beliau berkata kerajaan akan mengkaji semula undang-undang buruh untuk meningkatkan sektor pekerjaan, memastikan ketelusan dan melindungi kebajikan pekerja.

Dr Mahathir berkata pembaharuan pasaran pekerjaan adalah satu daripada empat bidang keutamaan yang diketengahkan semasa Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) yang dibentangkan tahun lepas.

Bidang keutamaan lain adalah meningkatkan kecekapan dan produktiviti pekerja, meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti dan meningkatkan hubungan akademik-industri, katanya.

Di bawah bidang keutamaan pembaharuan pasaran pekerjaan, Dr Mahathir berkata empat strategi dicadangkan iaitu menghasilkan pekerja mahir, menaikkan gaji dan upah, meningkatkan pengurusan pekerja asing dan memperbaiki keadaan pasaran pekerja.

Di bawah bidang keutamaan meningkatkan kecekapan dan produktiviti pekerja, beliau berkata dua strategi akan dilaksanakan – mengukuhkan hak pekerja dan meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita.

Dalam aspek ini, beliau berkata TalentCorp terus menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai 59 peratus kadar penyertaan tenaga kerja wanita menjelang 2020 melalui inisiatif seperti ‘Program Wanita Kembali ke Pasaran Kerja’ yang mendapat pujian pada Persidangan Wanita Sedunia 2016 di Warsaw, Poland.

“Selain itu, kerajaan komited untuk memperkemaskan dan mempermudahkan perkhidmatan ekspatriat untuk membolehkan Malaysia menjadi negara pilihan untuk pelaburan dan bakat terbaik,” katanya.

Di bawah bidang keutamaan ketiga meningkatkan akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti, tiga strategi akan dilaksanakan iaitu meningkatkan kualiti pendidikan, mengutamakan kualiti berbanding kuantiti bagi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan meningkatkan pendidikan untuk semua, katanya.

Dr Mahathir berkata TVET akan menjadi pengubah keadaan dalam menangani keperluan industri untuk modal insan berpengetahuan yang dapat meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat global.

Bagi bidang keutamaan yang memupuk hubungan akademik-industri yang lebih kukuh, dua strategi digariskan, iaitu untuk membangunkan kemahiran berkaitan industri dan menggalakkan sumbangan masyarakat dan industri, katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan mempunyai beberapa inisiatif bertujuan untuk memperkasakan kualiti bakat di Malaysia, termasuk Program Latihan Berstruktur (SIP) yang diterajui TalentCorp bersama-sama Kementerian Pendidikan dan Graduates Enhancement Programme for Employability (GENERATE 2.0) di bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Bagaimanapun, beliau berkata semua inisiatif dan strategi itu tidak akan mencapai keputusan positif jika tenaga kerja tidak mempunyai semangat untuk tugas dan pekerjaan yang diamanahkan kepada mereka.

“Jika mereka bersemangat dan mampu melaksanakan tugas mereka dengan baik, gaji dan emolumen akan datang seiring,” kata Dr Mahathir.

– BERNAMA

46 thoughts on “Pembaharuan Pasaran Kerja Penting Atasi Ketidaksepadanan Ketidaksepadanan – Dr Mahathir

  1. Today, I went to the beach front with my children.
    I found a sea shell and gave it to my 4 year old daughter and said “You can hear the ocean if you put this to your ear.” She put the shell
    to her ear and screamed. There was a hermit crab inside and it pinched her
    ear. She never wants to go back! LoL I know this is completely
    off topic but I had to tell someone!

  2. Hello there! I could have sworn I’ve been to this blog before
    but after reading through some of the post
    I realized it’s new to me. Anyways, I’m definitely happy I found it and I’ll be book-marking and checking back frequently!

  3. I was recommended this web site by my cousin. I am not sure whether this post is
    written by him as nobody else know such detailed about my
    trouble. You’re wonderful! Thanks!

  4. It is in point of fact a great and useful piece of info.
    I am glad that you just shared this useful info with us.
    Please stay us informed like this. Thank you for sharing.

  5. Thanks on your marvelous posting! I certainly enjoyed reading it,
    you are a great author. I will make certain to bookmark
    your blog and will come back someday. I want to encourage
    you continue your great writing, have a nice day!

  6. Having read this I thought it was very enlightening. I appreciate you taking the time
    and energy to put this content together. I once again find myself personally
    spending way too much time both reading and leaving comments.
    But so what, it was still worthwhile!

  7. Pingback: casino play
  8. Pingback: cardetaling
  9. This is the perfect site for everyone who would like to
    understand this topic. You understand so much its almost hard to argue with you (not that I actually would want to…HaHa).
    You certainly put a new spin on a topic that’s been discussed for a long time.
    Great stuff, just great!

  10. Pingback: dk7
  11. Pingback: bio altogel
  12. Pingback: Volnewmer
  13. америка уикипедия, америка туралы мәлімет ағылшынша 1922 жылы не
    болды, 1923 жылы не болды ресей депозиты форте банка 2022,
    форте банк депозит калькулятор кайрат
    нуртас – сени суйем текст, мен сени суйем текст

  14. психикалық процестер дегеніміз неполная
    семья льготы казахстан, статус неполная семья біздің өмір үкітай ақ күмістей қала, туған
    жердің төсінде сабақ жоспары 6 сынып

  15. иван васильевич меняет профессию фильм 1973 смотреть
    hd 1080 онлайн в хорошем свежие вакансии в видном для женщин подработка разовая подработка в
    москве удаленно сайты для стрима
    заработка

  16. как вежливо напомнить о письме
    на английском, just a kindly reminder сайлау туралы
    заң 2022, сайлау туралы заң 2021 человек-природа профессии, профессии человек – человек и человек-художественный образ жулдыз жорамал арыстан,
    тауешкі жұлдыз жорамал

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *